CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1101|Reply: 0

Jaga tayar demi keselamatan nyawa

[Copy link]
Post time 8-9-2022 10:40 AM | Show all posts |Read mode

KONDISI tayar yang baik akan membantu pemanduan yang lancar dan selamat.


Jaga tayar demi keselamatan nyawa

KEBANYAKAN pemilik kenderaan di negara ini hanya peka pada waktu pertukaran minyak enjin dan minyak gear. Hal ini kerana tempoh pertukaran diletakkan pada pelekat yang ditampal pada atas cermin pemandu.

Hakikatnya, penjagaan kereta bukan saja tentang kedua-dua minyak tersebut, sebaliknya merangkumi banyak lagi komponen penting termasuk tayar.

Tayar merupakan salah satu komponen kereta yang amat penting dan perlu dijaga bagi memastikan keselamatan pemandu serta para penumpang di atas jalan raya sentiasa terjamin.

Sedikit sahaja kerosakan atau ‘kecacatan’ pada permukaan tayar boleh mengganggu pengendalian kereta, selain menjejaskan keberkesanan brek.

Sebagai pemilik kereta yang bertanggungjawab, anda perlu memastikan keempat-empat biji tayar kereta berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan terutamanya jarak jauh.

Minggu ini Horizon ingin berkongsi perkara penting yang perlu dilakukan bagi memastikan tayar anda sentiasa berada dalam keadaan baik serta mempunyai jangka hayat lebih lama.



Periksa tekanan angin
Tekanan angin perlu diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali. Apabila kurang tekanan, kapasiti muatan tayar akan berkurangan, manakala rintangan putaran roda pula akan bertambah.
Ini akan menyebabkan haba bertambah dan berlaku kerosakan mekanikal.

Tayar yang kurang tekanan akan menyebabkan kereta menggunakan petrol yang lebih daripada sepatutnya akibat rintangan berlebihan. Selain itu, tayar yang bertekanan rendah juga dikatakan mempunyai jangka hayat lebih pendek.



Ujian duit syiling

Anda disarankan supaya menyukat kedalaman alur tayar selepas tiga bulan.

Letakkan duit syiling 20 sen di dalam alur tayar. Jika perkataan 20 sen jelas kelihatan, ia menandakan anda perlu masa mendapatkan tayar baharu dengan segera. Perlu diingat bahawa kedalaman bunga tayar minimum adalah 1.6 milimeter. Kedalaman alur tayar ini penting bagi mengurangkan risiko kemalangan ketika hujan.



Penggiliran tayar
Ini merupakan satu kaedah yang kurang dipraktikkan ramai pemilik kenderaan. Ada juga yang masih tidak tahu ia boleh dilakukan. Penggiliran membantu anda untuk mengimbangi dan mengurangkan risiko kerosakan pada setiap tayar.

Tayar hadapan selalunya akan haus dua kali ganda lebih cepat daripada tayar belakang kerana menanggung beban lebih besar. Apabila anda kerap menggilirkan tayar, semua tayar akan haus pada kadar sama sekali gus memanjangkan jangka hayatnya.



Pelarasan tayar
Anda digalakkan untuk sentiasa membuat pelarasan (alignment) pada setiap selang 10,000 kilometer atau apabila anda rasa pemanduan tidak seimbang. Boleh buat di mana-mana kedai tayar berdekatan. Harganya tidak terlalu mahal iaitu sekitar RM50 akan dikenakan bagi servis alignment dan balancing. Apabila tayar depan dan belakang kekal sama rata, pemanduan akan lebih seimbang serta mudah untuk dikawal.



Kerap periksa tayar

Sekali lagi diingatkan, tayar kereta adalah amat penting untuk dijaga demi keselamatan nyawa anda dan pengguna jalan raya lain.

Rajinkan diri untuk membuat pemeriksaan tayar sama ada secara sendiri atau di bengkel dalam tempoh beberapa bulan sekali, mengikut waktu disarankan. Ingat, kereta tidak semestinya hanya bayar bulan-bulan dan pakai sahaja. Jaga sebaiknya demi keselamatan bersama.


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... -keselamatan-nyawa/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.039339 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list