CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9235|Reply: 39

CRAYON THE MOVIE [TERBITAN JULIA ZIGLIER]

[Copy link]
Post time 20-10-2010 01:32 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 15-4-2011 22:35

“Crayon” Dibuat Bukan Untuk Jadi JutawanPosted on September 17th, 2010

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ



MUNGKINKAH filem Crayon mampu membuka mata pihak kerajaan dan rakyat Malaysia agar memberikan harapan dan sokongan padu kepada insan yang memerlukan?


Atau sekadar dipandang sepi ibarat filem picisan dek kerana kurangnya nilai komersial dalam pengisiannya?


Namun, awas! Jika itu yang dicari, sampai bila penonton akan terus-menerus disogok dengan cerita yang berunsurkan hiburan semata-mata.


Setelah menonton Crayon pada majlis tayangan tertutup di Cathay Cineleisure Damansara, Khamis, filem tersebut bukanlah bermotifkan hiburan sahaja sebaliknya sarat dengan nilai murni seperti semangat tolong-menolong dan kasih-sayang.


Dengan senario yang berlaku dewasa kini, tidak mustahil filem ini dapat membantu mengurangkan sedikit beban dan masalah yang berlaku kepada masyarakat yang daif dan sebenarnya memerlukan banyak perhatian ramai pihak.


Seperti kata penerbit, pengarah dan penulis skripnya, Dean A. Burhanuddin, 33, dia sengaja memilih untuk membikin filem genre drama, kekeluargaan dan pengembaraan itu kerana apa yang dipentingkan adalah sikap prihatin kepada insan yang lemah seperti golongan kurang upaya, anak yatim dan orang tua.


“Saya tahu mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa saya memilih untuk membuat filem seperti ini berbanding filem yang lebih komersial. Pada hakikatnya, saya lebih melihat kepada filem yang tidak pernah dihasilkan sebelum ini.


“Lagipun matlamat saya buat filem bukan disebabkan untuk bergelar seorang jutawan. Sampai bila kita hendak hidup untuk diri-sendiri sahaja?


“Bagi saya, yang penting mesej dalam filem ini berjaya disampaikan kepada penonton,” katanya.


Dia yang berkelulusan dalam bidang perakaunan dan undang-undang perniagaan itu mula berjinak-jinak dalam industri perfileman sejak tiga tahun lalu.


Dean berpengalaman menulis skrip untuk salah sebuah studio di Amerika Syarikat selain pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif di beberapa syarikat dan francais dari luar negara dan perunding perniagaan.


Anak tunggal dalam keluarganya ini mula memikirkan idea untuk membuat filem ini sejak kehilangan bapa tercinta, Burhanuddin Ahmad Tajuddin, setahun lalu.


Selain Dean, filem terbitan Zioss Films Sdn Bhd ini turut diterbitkan oleh penerbit Linda Ziegler dan Elise A. Hamid.


Dean yakin dengan lakonan mantap daripada empat pelakon utamanya iaitu Hon Kahoe (Adam Wan), Faisal Abdullah (Rafaat), Adibah Noor (Mak Engku) dan Joshry Adamme (Afiq) serta mesej yang ingin disampaikan, filem berdurasi 83 minit itu mampu menarik penonton ke pawagam pada 11 November ini.


Crayon yang dihasilkan dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin itu mengisahkan tentang dua sahabat baik dan pelajar dari sebuah universiti di Singapura, Adam dan Rafaat yang menghabiskan masa cuti semester mereka dengan melibatkan diri dalam kerja sosial sebagai sukarelawan di rumah anak yatim di Malaysia.


Di rumah anak yatim itu, mereka berjumpa dengan Mak Engku dan Afiq serta menyelami kehidupan anak yatim


Dean mendedikasikan filem yang menelan belanja RM500,000 ini kepada anak yatim yang lebih simbolik dengan Crayon memandangkan kanak-kanak menggemari crayon untuk melukis.


“Faisal dan Kahoe membawakan watak mereka dengan bagus manakala Adibah memang sesuai melakonkan watak pengasas rumah anak yatim dan dia teruja dengan cerita itu.


“Jadi, saya rasa tidak menyesal memilih mereka sebagai pelakon walaupun kami mempunyai masalah dari segi bajet yang rendah untuk pelakon dan masa yang terhad,” katanya mengenai filem yang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Singapura dan Melaka itu.


Dean berharap Crayon mendapat sokongan daripada ramai penaja kerana sebahagian keuntungan daripada filem tersebut akan disumbangkan kepada rumah anak yatim seperti Rumah Onazam, Rumah Solehah, Rumah Kasih Harmoni dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Nur Hikmah Selayang.


Crayon bakal muncul sempena festival Muzik, Seni dan Gaya (MASiF 2010) di Pavilion, Kuala Lumpur Ahad ini, pukul 2 petang.


Terdapat aktiviti menarik yang dihidangkan seperti persembahan berkonsepkan Michael Jackson dan klip video sebalik tabir Crayon yang boleh ditonton secara percuma.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2010 03:18 AM | Show all posts
diterbitkan oleh penerbit Linda Ziegler
herysulaiman Post at 20-10-2010 01:32


bukan Julia Ziglier.
tolong betulkan tajuk thread.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 08:19 AM | Show all posts
hihi...nama beh kuang...tuh y TT salah tuh...ehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2010 01:15 PM | Show all posts
maaf ya...tersilap nama .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2010 01:16 PM | Show all posts
eh, yg silap tu wartawan tu...tajuk thread ni dah betul dah ejaan nama dia kan???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2010 01:16 PM | Show all posts
tak sure lah, nama dia Julia Zigler ke Julia Ziglier????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2010 01:55 PM | Show all posts
ingtkan Crayon Sinchan td hehehe ... sipnosis ok, kta tgk je sambutan dia mcm mna sambutan dia nanti
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 02:16 PM | Show all posts
the movie poster looks nice, tapi a bit too independent feel lah...takut mainstream audience tak berani tengok....especially audiences adnan sempit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2010 04:50 PM | Show all posts
hari tu baca kat paper..filem ni terbitan kakak kepada Julia Ziglier tapi aku x tahu apa nama kakak dier..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 07:51 PM | Show all posts
linda zigler is kakak of julia zigler
smlm preview citer kt GSC 1utama
2, 2 datang
julia too tall
citer ni akan dimainkan kat LA usa
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 07:56 PM | Show all posts
mcm bestttt
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 08:20 PM | Show all posts
tak sure lah, nama dia Julia Zigler ke Julia Ziglier????
herysulaiman Post at 20-10-2010 13:16


nama dia Linda.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 12:27 PM | Show all posts
cam best jugak ekk..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 07:51 AM | Show all posts
tengok jgn tak tengok!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 07:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 07:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2010 07:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 07:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 08:05 AM | Show all posts
nama dia Linda.
khys Post at 20-10-2010 20:20

from http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1010&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm




UCAPAN selamat tinggal adalah salam akhir yang cukup sukar untukditelan. Apa yang boleh dimamah bersama hanyalah momen-momen yangdisimpan menjadi santapan jiwa dan akal.


Sayatnya hati di ambang perpisahan itu sudah biasa dilalui olehgadis bernama Julia Ziegler. Bak air diminum terasa duri, nasi dimakanterasa sekam.


Lahir dengan nama Julia Bob Fauzi Ziegler, nyawa gadis ini pernah ‘berpisah’ seketika daripada badannya. Khalayak sudah tahu, insiden itu berlaku lantaran putusnya cinta yang membuat pelakon ini hilang pertimbangan.


Dia cuba lari daripada patah hati yang menjeruk rasa, dia ditimpakecelakaan. Sudahlah berpisah dengan jejaka perkasihan tiga tahun,tubuh badannya pula hampir remuk ‘dibelasah’ kereta yang berselisihpenghadang jalan.


Penulis bertanyakan dirinya tentang rasa perpisahan dalam dirinya. Dia mengungkap, rasa terbaru ini lebih memedihkan.
Uniknya perpisahan kali ini ialah dia disergah kesedaran yang bukan picisan dalam minda dan hati kecilnya.


Hasilnya filem Crayon yang dibikin di bawah produksinya, Zioss FilmSdn. Bhd. memberi impak bukan sedikit dalam diri anak kacukanJerman-Melayu ini.


Bergaul dengan anak-anak yatim di Melaka yang turut menjadi tulangbelakang filem yang akan ditayangkan pada 11 November ini, Juliamenyelami kesepian yang menerjah hati dan tulang-temulang mereka.

Lebih daripada itu timbul kesyukuran bercabang dalam dirinya yang masih sihat dan berkeluarga lengkap.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 11:44 AM | Show all posts
cam ader inspirasi dari filem arwah yasmin ahmad kann...aku raser filem nih cam filem indie....festivel filem kat luar negara mmg suka filem filem camnihh..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.145691 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list