View: 600|Reply: 0
|
Kemenangan Akid batal, Azroy sambar tempat kedua
[Copy link]
|
|
Akid (tengah) sempat menjulang piala kejuaraan diapit Azroy (depan) dan Kasma Daniel selepas aksi penutup Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix musim ke-29 di litar Stadium Batu Kawan, semalam. - Foto Facebook Malaysia Cub Prix
BATU KAWAN: Pelumba ONEXOX TKKR, Md Akid Aziz terlepas penamat sempurna apabila kemenangannya dibatalkan pada penutup Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix musim ke-29 di litar Stadium Batu Kawan di sini, semalam.
Pelumba asal Kuala Lumpur itu bagaimanapun sempat menjulang piala kejuaraan bagi kategori CP150 di atas podium dengan catatan masa 17 minit 10.908 saat.
Malaysia Cub Prix dalam satu kenyataan, memaklumkan kemenangan Akid selaku juara bagi kategori yang ditandinginya dibatalkan akibat masalah teknikal.
"Keputusan perlumbaan CP150 yang pada awalnya dimenangi Akid Aziz terpaksa dibatalkan atas isu teknikal selepas perlumbaan.
"Juara keseluruhan dinobatkan kepada Ahmad Afif Amran dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Terdahulu, pelumba Honda Yuzy Idemitsu, Azroy Hakeem Anuar menghuni tangga kedua dengan catatan masa 17 minit 12.961 saat memberi saingan sengit kepada Akid yang pada ketika itu mendahului kelompok pelumba kategori CP150.
Azroy sebelum itu memintas pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin seterusnya memberi tekanan kepada Akid dari belakang.
Kasma berhempas pulas cuba menutup jurang dengan Azroy namun tidak kesampaian dan terpaksa berpuas hati meraih tempat ketiga dengan catatan masa 17 minit 16.427 saat.
Bagi kategori CP125, Md Syafiq Rosli dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor mendapat tempat pertama dengan catatan masa 13'42:962s.
Pusingan kedua terakhir menyaksikan Shafiq berjaya memintas duo sepasukan Md Shafiq Rasol dan Md Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR dengan masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.
Syafiq mengakui perlumbaan itu amat sengit, namun menyifatkan litar Batu Kawan adalah satu daripada litar lumba kegemarannya.
"Walaupun bagi saya litar ini tidaklah begitu sukar berbanding litar Terengganu, tetapi cabaran di sini memberikan saya semangat untuk melakukan yang terbaik.
"Strategi saya adalah untuk mengekori pelumba-pelumba di hadapan sehingga saya mendapat peluang untuk mengorak langkah ke depan. Saya amat berterima kasih kepada pasukan dan rakan-rakan untuk tahun ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... sambar-tempat-kedua |
|
|
|
|
|
|
| |
|