|
Edited by ussopp at 12-1-2023 02:04 PM
ALKISAH BENAR ,NERAKA ITU BENAR.NERAKA FIRST CLASS IALAH NERAKA JAHANNAM .PENGHUNI CONFIRM IALAH FIRAUN,QARUN,HAMMAN,
ABU JAHAL,ABU LAHAB,ABDULLAH BIN UBAI DAN SEKUFU MEREKA .
APABILA PULANG dari Israk Mikraj,Nabi SAW bersabda "Aku lihat ramai di Neraka ,WANITA ".
Maka timbullah perbahasan mengapa wanita ramai di NERAKA ?
Seorang muhaddis dan ilmuwan terkenal mentafsirkan hadis tersebut ,antara punca ramai wanita masuk neraka ialah :
a ) Berpakaian tetapi telanjang
b ) Derhaka kepada ibu bapa
c ) Berzina
d ) Suka mengumpat ,mencela dan memfitnah
e ) Menyakiti suami / derhaka / Tidak redha dengan rezeki DLL
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa masuk NERAKA amat mudah berbanding ke Syurga ?
Imam As-Syamduddin rahimahullah telah menukilkan 100 dosa-dosa besar dan ditambah 1000 dosa kecil yang boleh menjadi dosa
besar .
Jadi ,jika ditanya ke mana destinasi impian ?maka 1.9 bilion umat Islam sekarang akan menjawab "Aku mahu masuk syurga".
Hakikatnya ,peel dan tebiat mereka amat banyak ke arah dosa dan neraka .
Sifir mudah ,hayati sebuah hadis SAW bermaksud "Tidak beriman seseorang kamu yang tidur kekeyangan sedangkan jirannya tidur kelaparan".
Sekiranya dikumpulan kekayaan 10 Sultan Arab,harta dan wang mereka dinafkahkan membantu umat Islam yang masih miskin dan papa kedana,maka
tiada seorang pun orang Islam akan miskin di dunia ini .
Namun lihatlah kebuluran negara Islam seperti Ethopia,Sudan,Somalia dan sebagainya.Jadi adakah kita beriman sedangkan seagama kita masih
miskin dan kelaparan ?
Mengikut statistik WHO dan United Nation,masih ada 4 billion penduduk bumi berpendapatan RM10 sehari ke bawah dan kekurangan makan minum
berkhasiat .
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi ,kita mulakan langkah pertama nak ke NERAKA iaitu SYIRIK .
Walaupun kita bernama Islam ,beragama Islam ditulis dalam Mykad,ia bukan bukti kita akan ke syurga semudah disangka.Hatta Nabi SAW pun bangun
solat malam hingga bengkak telapak kaki .
Apakah SYIRIK ?
Ringkasnya syirik itu menduakan Allah SWT dan banyak amalan dan akidah bangsa Melayu masih menuju ke ara syirik .Contoh mudah,amalan dan
petua bangsa Melayu terutama Jawa .Apabila wanita bersalin,diletakkan gunting atau paranng atau pisau di bawah tempat tidur wanita kononnya
boleh menghalau jin ,syaitan .Bayi baru lahir dipakaikan tangkal kononnya syaitan dan jin tidak mengganggu bayi .Wanita telah berusia dan
mandi bunga kononnya dicepatkan jodoh.Pergi mandi dan minum air kolam /tasik Pulau Dayang Bunting kononnya boleh mengandung dan banyak lagi
amalan karut bangsa Melayu yang masih diamalkan .
Syirik melalui kepercayaan,amalan,niat,akidah dan sebagainya .
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika menonton drama dan filem Melayu,adegan membasuh pinggan dan tiba2 pinggan terjatuh dan pecah berantakan .Kemudian adegan suami
kemalangan .Ia seakan mengajar mengaitkan kejadian pinggan pecah dengan kemalangan,seakan mempunyai kaitan .Itulah kepercayaan karut yang
ditanam dalam drama dan filem Melayu dan ianya adalah SYIRIK .
Sebuah hadis SAW "Ucapkanlah INNA LILLA WA INNA ILAIHI RAJIUN walaupun terputus tali kasut " Begitulah ajaran Nabi SAW .
Namun masih ada Melayu percaya dengan kejadian tertentu seperti mimpi buruk ,gelas pecah ,bergerak biji mata dan sebagainya dengan kejadian
malang lain kebetulan berlaku .
Perbuatan syirik,kepercayaan syirik telah bersarang dalam minda Melayu sejak ribuan tahun lampau kerna Melayu asalnya beragama Hindu /Buddha / tiada agama
sebelum kedatangan Islam ke NUSANTARA .Dikhabarkan paling awal menerima Islam ialah ACEH di mana seorang Khalifah menghantar 70 orang
pendakwah ke NUSANTARA pada 900 Masehi .
|
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah: (Maksudnya): “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."
Justeru ,jika mahu masuk Neraka terutama NERAKA JAHANAM dan berpeluang berjiran dengan Firaun,Hamman,Qarun,Abu Jahal,Abu Lahab ,Abdullah Ubai dll ,maka
amalkanlah dan carilah perbuatan syirik dan yakinlah serta beriktikad dengan syirik ,maka pintu neraka Jahannam akan mengucapkan selamat datang ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Masih ramai orang Islam mengamalkan perbuatan syirik.Masih lagi ramai mempercayai syirik.Paling menyedihkan mereka JAHIL MURAKKAB dan tidak
sedar diri jahil dan menyebarkan syirik kepada orang lain untuk diamalkan dan diyakini.
Mudah kan masuk neraka ?Jadi timbunkan amalan syirik agar nama dicalonkan masuk NERAKA JAHANNAM dan berjaya berjiran dengan manusia
popular dan ternama di mana nama mereka disebutkan dalam Quran dan hadis .
Ketika MH 370 ghaib tanpa berjaya dikesan oleh satelit dan Boeing milik Amerika,ada seorang bomoh kelapa telah memviralkan perbuatan bodoh
mereka hingga popular seantero dunia .Pelbagai aksi dan telatah lucu bomoh bangang tersebut hingga Malaysia ditertawakan sedunia .
Bukan sahaja menggunakan kelapa ,malah teropong ajaib kononnya tahu lokasi pesawat .Hingga kini bomoh temberang tersebut belum didakwa di
bawah apa-apa Akta atau enakmen .
Kisah bomoh temberang telah dibikin filem oleh Allahyarham P Ramlee dan ianya mesej kepada penonton agar JANGAN mempercayai bomoh ,namun sikap
segelintir rakyat Malaysia termasuklah politikus mempercayai bomoh dan dukun .
Malah ada politikus dikerat kerat oleh bomoh temberang dan diketahui seluruh negara melalaui filem Dukun dan tontonlah Youtube kisah Mona Fendi
yang telah lama dihukum gantung .
|
|
|
|
|
|
|
|
Nabi SAW telah mengingatkan "Barangsiapa mempercayai bomoh / dukun sahlah dia telah syirik ".
Jadi mengapa banyak negara Islam di dunia tidak mencontohi negara Islam yang menjalankan hukum bunuh kepada bomoh / dukun
temberang ?
"Hukuman ahli sihir ialah BUNUH",itulah maksud sebuah hadis SAW .
Kita lihat dan baca kisah pemilik restoran disantau,akibat dengki dan PHD.
Kita tahu ada yang berantakan rumah tangga akibat sihir dan bomoh .
Namun mereka boleh bebas dan mendapat wang dengan amalan syirik ratusan tahun sebelum merdeka dan selepasnya .
Jika negara jiran kita yang menjadikan PANCASILA sebagai perlembagaan,profesion bomoh dan dukun amat dihormati masyarakat sehingga
digelar Kiyai,Maulana atau Habib .
Jadi ,di manakah penguatkuasaan pihak berkuasa agama dalam membanteras bomoh temberang dan syirik ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga thread ini akan membantu mereka yang teringin menjadi ahli NERAKA .Tidak akan menjadi ahli neraka nombor satu kerna kerusi panas
tersebut telah dimiliki .
Maka jadilah ahli neraka bernombor 999,999,999,999 pun jadi la ....
Thread ni agak panjang kerna akan menyenaraikan 100 dosa besar dan 1000 dosa kecil menjadi besar ,jadi harap bersabau .
Kebiasaannya akan datang provoker,haramjaddahker,DLL mengganggu bebenang ini dan ianya perkara biasa.Gua sejak tahun 2008 layan Cari dan dah masak
dengan SYAITAN baling batu sembunyi tangan .
Lantaran kesibukan dunia sementara ,gua tangguh dulu dan akan sambung nanti jika free .
SILA BERSILA BELI PANTUN ,
MELAKA ADA PADANG TEMU
JOHOR ADA GELANG PATAH ...
KITA BERTEMU JANGANLAH JEMU ,
KITA TERPISAH JANGANLAH GELISAH .............
Wassalam .....................
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ussopp at 12-1-2023 02:06 PM
thread nasihat yang bagus, |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih saudara .Insya Allah akan bersambung ......
|
|
|
|
|
|
|
| |
|