CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 443|Reply: 0

Damok diperkenalkan secara rasmi di Sepanyol

[Copy link]
Post time 1-3-2023 01:03 PM | Show all posts |Read mode

SYARIFUDDIN AZMAN (kiri) bergambar bersama rakan sepasukannya, Diego Moreira sewaktu majlis pelancaran pasukannya menjelang musim baharu Kejuaraan Motosikal Dunia di Sepanyol, semalam. - Gambar ihsan MT Helmets_MSi

PETALING JAYA: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman diperkenalkan secara rasmi oleh MTHelmets_MSi pada majlis pelancaran di Sepanyol semalam, menjelang musim baharu Kejuaraan Motosikal Dunia yang akan bermula 24-26 Mac ini di Portugal.

Anak muda berusia 21 tahun itu bakal bergandingan dengan pelumba berasal dari Brazil, Diego Moreira yang mengharungi musim keduanya dalam Moto3, manakala, Syarifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Damok melakukan kemunculan sulungnya sebagai pelumba tetap.

Pada majlis pelancaran tersebut, Damok sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa dia mahu memburu gelaran ‘Rookie of The Year’ bagi musim 2023.

“Saya berharap dapat mencapai sasaran itu dengan bantuan pasukan dan sudah tentu untuk mencapai hasrat tersebut saya perlu memberikan yang terbaik dalam perlumbaan,” katanya ketika ditemu bual pada majlis tersebut.

Sementara itu, pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin yang bertanggungjawab membentuk karier Damok sehingga ke hari ini berkata, MT Helmet_MSi merupakan satu pasukan yang kompetitif.

“Selain itu, Damok juga akan duduk bersama rakan sepasukan Diego Moreira dari Brazil yang merupakan seorang pelumba yang sangat kuat.

“Jadi, ada banyak kelebihan Damok boleh dapat di situ, saya rasa musim ini ia satu perkara baharu untuk Damok yang mana kita mahu dia berjuang sehabis mungkin dapatkan keputusan yang baik,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bekas pelumba Moto2 dan Moto3 negara itu juga amat berharap pelumba asuhannya itu dapat menunjukkan kemajuan dalam perlumbaan yang disertainya.

Dalam masa sama, Zulfahmi juga mahu Damok memberi tumpuan kepada perlumbaan dan tidak terganggu dengan isu penajaan yang masih lagi diusahakan oleh ZK Racing.

“Sudah tentu kita tak nak Damok terkesan dengan apa yang kita alami, kita cuba uruskan hal ini sebaik mungkin, saya nak Damok teruskan perjuangan dan saya juga percaya dengan pasukan Damok,” tegasnya.

Mengulas pula mengenai persaingan dalam Moto3, Zulfahmi memberitahu, kategori tersebut sangat unik kerana pelumba yang bersaing dalam kelompok hadapan, musim lalu, tidak semestinya akan kekal berada di kedudukan sama.

“Tahun lepas kita nampak Diego bersaing di kelompok hadapan dan jika kita tengok sejarah Moto3 dari tahun ke tahun paten perlumbaan berubah, kadang-kadang pelumba yang laju tahun 2022, tidak semestinya laju pada tahun 2023,” ujarnya.

Sehubungan itu, Zulfahmi mahu Damok tidak hanya beri fokus kepada rakan sepasukannya seorang, tetapi juga pelumba lain dan dalam masa sama dia perlu bijak meraih manfaat bergandingan dengan Moreira.

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... -rasmi-di-sepanyol/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.363127 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list