View: 3036|Reply: 0
|
MotoGP tidak lagi tertumpu di Eropah
[Copy link]
|
|
CARMELO Ezpeleta. FOTO AFP
Paris: Musim baharu MotoGP akan bermula hujung minggu ini di Portugal dengan bos Dorna yang juga promoter sukan itu, Carmelo Ezpeleta teruja melihat prospek perlumbaan terbaharu di India dan Kazakhstan.
Penambahan dua perlumbaan itu yang membawa kepada 21 pusingan dalam kalendar musim ini, bertujuan melebarkan sukan itu daripada negara kuasa besar tradisi iaitu 19 daripada 22 pelumba datang dari Eropah, dan membuka pasaran baharu.
Perlumbaan di Kazakhstan akan berlangsung di Sokol International Racetrack dekat Almaty pada 9 Julai manakala Litar Antarabangsa Buddh akan menjadi perlumbaan pertama MotoGP di India pada 24 September.
"Kami adalah kejuaraan dunia dan ketika Eropah cukup bertuah memiliki paling ramai pelumba dari sana, ia tidak bermakna kami hanya patut berlumba di sana.
"Kami sepatutnya ada majoriti Grand Prix di Eropah tetapi tiada keraguan buat kejuaraan motosikal dunia selain pengeluar, adalah penting untuk ke benua di mana tempat duduk adalah penuh dan rating TV sangat tinggi," kata Ezpeleta kepada AFP.
Dua perlumbaan baharu itu bermakna 10 daripada 21 perlumbaan musim ini akan berlangsung di luar Eropah namun Ezpeleta berkata mungkin masih ada ruang untuk perlumbaan di luar Eropah ketika mereka menyasarkan 22 pusingan perlumbaan pada masa depan.
"Saya suka melihat lebih banyak kewarganegaraan mewakili penunggang," katanya. - AFP
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -tertumpu-di-eropah |
|
|
|
|
|
|
| |
|