Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Ibnu Majah no. 4004 Darjat: Dhaif
Diceritakan oleh Hisyam bin 'Ammar, diceritakan oleh Shadaqah bin Khalid, diceritakan oleh 'Utbah bin Abu Hakim, diceritakan oleh bapa saudaranya ('Amru bin Jariyah), daripada Abu Umayyah As Sya'bani,
"Abu Umayyah As Sya'bani pernah bertemu dengan Abu Tsa'labah Al Khusyani dan bertanya, "Apa yang kamu buat dengan ayat ini?"
Abu Tsa'labah Al Khusyani kembali bertanya, "Ayat yang mana?"
Abu Umayyah As Sya'bani lalu membaca,
Surah Al-Maidah 5:105
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ (Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu)
لَا يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ (Tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk.)
إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.)
Abu Tsa'labah Al Khusyani lalu berkata, "Kamu bertanya kepada orang yang tahu, aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang itu.
Dan Rasulullah s.a.w. menjawab, "Iaitu mereka saling memerintahkan kepada kebaikan dan saling melarang pada yang mungkar.
Sehingga jika kamu melihat bakhil ditaati, hawa nafsu diikuti, dunia diutamakan, setiap orang bangga dengan pendapatnya, dan kamu melihat perkara tidak sesuai denganmu. Maka kamu harus kembali kepada mata hatimu.
Kerana sesungguhnya di belakang kalian adalah hari-hari kesabaran. Kesabaran saat itu seperti seseorang menggenggam bara api.
Bagi orang yang beramal pada saat itu, seperti pahala lima puluh (50) orang yang mengamalkan amalan tersebut."
|