CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

[Melaka] Kes demam denggi Melaka meningkat

[Copy link]
Post time 7-5-2023 10:43 AM | Show all posts |Read mode

Alor Gajah: Kes demam denggi di Melaka menunjukkan berlaku peningkatan mendadak apabila meningkat lebih 103 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia Dan Perpaduan Melaka Ngwe Hee Sem berkata, sehingga minggu epidemiologi (ME) 17 yang berakhir pada 29 April lalu, sebanyak 322 kes demam denggi direkodkan berbanding hanya 158 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Beliau berkata, secara purata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) merekodkan kes antara 60 hingga 90 kes setiap bulan dalam tempoh empat bulan ini.

"Daerah Melaka Tengah merekodkan jumlah kes demam denggi tertinggi dengan 241 kes, diikuti Jasin dengan 52 kes dan bakinya 29 kes di Alor Gajah.

"Sehingga berakhirnya ME-17 juga terdapat 14 wabak dilaporkan di seluruh negeri ini dan namun begitu tiada kematian dilaporkan," katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Machap Jaya di sini, malam tadi.

Beliau berkata, sepanjang ME-17 yang bermula pada 23 April sebanyak 19 kes direkodkan berbanding hanya 16 kes pada ME-16.

"Malah JKN juga mengesan empat lokaliti wabak aktif iaitu di Taman Perkota dan Jalan Sekolah, Kampung Padang Temu di daerah Melaka Tengah; Batu 21 1/2 Kampung Solok Dekat, Alor Gajah dan Taman Merlimau Baru di Jasin," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gi-melaka-meningkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.060623 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list