CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

[Melaka] Sindiket pelaburan mata wang kripto tidak wujud tumpas

[Copy link]
Post time 21-5-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA barangan dirampas susulan serbuan ke atas dua bilik hotel di Melaka yang menahan 12 individu dipercayai terbabit sindiket pelaburan mata wang kripto tidak wujud. FOTO Ihsan Polis.

Melaka: Tawar pelaburan mata wang kripto tidak wujud dengan pulangan sepantas sehari hingga 200 hari, sebelum menutup serta-merta akaun pelaburan itu selepas mangsa membuat bayaran.

Taktik sindiket itu terbongkar hasil serbuan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka di dua bilik hotel di Jalan Persiaran Bunga Raya di sini semalam, dan menahan 12 individu termasuk dua wanita.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, serbuan dijalankan susulan maklumat mengenai kegiatan penipuan pelaburan mata wang kripto yang berpangkalan di negeri ini.

Katanya, semua individu ditahan membabitkan lelaki tempatan dan masing-masing dua wanita dan sembilan lelaki warga China berusia antara 30 hingga 36 tahun.

"Menerusi serbuan pertama jam 10.25 pagi pasukan menahan empat warga China iaitu tiga lelaki dan seorang wanita, manakala lapan lagi suspek (enam lelaki dan wanita warga China serta lelaki tempatan) ditahan di sebuah lagi bilik di hotel sama jam 12.5 tengah hari," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainol berkata, dalam siasatan awal, sindiket itu dipercayai menyewa bilik hotel berkenaan sekitar November 2022 untuk menjalankan kegiatan penipuan pelaburan tidak wujud.

"Sindiket ini didapati mengiklankan pakej pelaburan di YouTube dan tempoh matang yang ditawarkan kepada mangsa antara sehari hingga 200 hari bergantung kepada pakej dipilih.

"Pakej ditawarkan juga menggunakan mata wang asing dengan kadar serendah

USD$10 (kira-kira RM45.38) hingga USD$3,000 (13,613.68) dan setelah bayaran diterima daripada mangsa, akaun pelaburan mereka akan ditutup serta-merta," katanya.

Mengulas lanjut, Zainol berkata, menerusi serbuan itu, pihaknya merampas sembilan set komputer, 30 telefon bimbit pelbagai jenama, dua unit wireless router, tiga kad sim, dua naskah skrip bertulisan Cina dan dua buku nota.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan semua suspek direman empat hari bermula hari ini hingga Selasa.

Polis Melaka menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum menyertai sebarang skim pelaburan di portal Semak Mule, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tidak-wujud-tumpas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.336857 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list