CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 0

[Selangor] Mangsa hamil dibunuh, dibakar seorang pendiam - Jiran

[Copy link]
Post time 25-5-2023 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Sungai Besar: Wanita hamil empat bulan yang mayatnya ditemui terbakar dalam belukar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, di sini, semalam disifatkan tidak banyak bercakap.

Jiran mangsa yang enggan dikenali bukan sahaja terkejut malah seakan-akan tidak percaya dengan tragedi menyayat hati yang menimpa mangsa berusia 21 tahun itu.

Katanya, mangsa yang merupakan anak yatim piatu bekerja sebagai pelayan restoran di Sungai Besar.

"Ibunya meninggal dunia tahun lalu disebabkan masalah kesihatan. Manakala ayahnya meninggal dunia dua tahun lalu, juga disebabkan masalah sama.

"Sebagai jiran, saya sangat mengenali arwah. Bila gambarnya tersebar di laman sosial, kami seolah tidak percaya akan kejadian yang menimpa arwah," katanya ketika ditemui, hari ini.

Mayat mangsa ditemui oleh orang awam di kawasan belukar kebun kelapa sawit, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, dilaporkan berkata polis menahan suspek yang terbabit dalam kejadian itu di kawasan Sungai Besar.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila suspek lelaki berusia 20 tahun mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit dengan mangsa.

Sementara itu, jiran mangsa berkata, mangsa dipercayai menyewa di perumahan yang sama lebih 10 tahun lalu.

"Arwah tinggal bersama dua beradiknya di rumah berkenaan.

"Dia hanya keluar untuk bekerja, manakala adik-beradiknya juga sudah bekerja," katanya.


AGUS Salim (tengah) pisau dipercayai digunakan dalam kes pembunuhan wanita. FOTO Amirul Aiman Hamsuddin


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ndiam-jiran-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:48 PM GMT+8 , Processed in 1.299351 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list