CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

[Melaka] Lupa, tidak sengaja alasan lapuk

[Copy link]
Post time 27-5-2023 09:30 AM | Show all posts |Read mode

PENGUAT KUASA JKNM mengeluarkan notis kepada pelanggan kedai makan yang didapati merokok di premis. FOTO Nurliawati Sabri.

Melaka: Terlupa dan tidak sengaja itu alasan 'popular' diberi oleh perokok ketika ditahan selepas didapati mereka ini merokok di kawasan premis makanan.

Meskipun sudah tergantung tanda larangan merokok di kedai makan mahupun restoran, ia bagaikan tidak membawa apa-apa dan sekadar hiasan di dinding.

Dalam operasi Ops Mega Bersepadu Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) dijalankan selama dua hari yang berakhir malam tadi, sebanyak 150 notis dikeluarkan penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM).

Pengarah JKNM Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata, menerusi operasi itu sejumlah RM41,250 nilai kompaun ditawarkan pihaknya hasil daripada kesemua notis kesalahan dikeluarkan.

Beliau berkata, meskipun rata-rata premis sudah dipamer dan diletakkan tanda larangan merokok namun kebanyakan perokok ini masih degil serta mementingkan diri tanpa memikirkan keselamatan diri orang sekitar mereka.

"Dalam operasi dua hari ini, sebanyak 80 premis diperiksa dan 141 notis kesalahan dikeluarkan kepada individu selepas didapati merokok di kawasan larangan khususnya di kawasan premis makanan.

"Selain itu, sembilan lagi notis dikeluarkan kepada pemilik premis kerana didapati tidak meletakkan dan gagal mempamerkan tanda larangan merokok serta tiada usaha melarang pelanggannya daripada merokok di kawasan premis.

"Meskipun ada yang memberi alasan terlupa dan tidak ingat ia sepatutnya tidak berlaku kerana ini bukan perkara baharu dan menjadi tanggungjawab individu itu mengikut peraturan yang sudah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas tamat operasi yang turut disertai Exco Kesihatan, Sumber Manusia Dan Perpaduan Melaka Ngwe Hee Sem, di Bukit Beruang, lewat malam tadi.

Rusdi berkata, operasi dua hari itu tertumpu sekitar Melaka Tengah, kerana aduan banyak diterima di kawasan terbabit meskipun begitu, daerah lain juga dalam pemerhatian JKNM dan operasi sama akan dijalankan secara berterusan.

"Sehingga 12 Mei 2023 JKNM menerima sebanyak 107 aduan mengenai ketidakpatuhan terhadap larangan merokok di tempat awam khususnya di tempat makan.

"Secara keseluruhan sepanjang Januari hingga April tahun ini, sebanyak 886 notis di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, sudah dikeluarkan dengan 207 daripada dikeluarkan di tempat makan dan amaun kompaun ditawarkan berjumlah RM204,1000," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... engaja-alasan-lapuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.071279 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list