CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Janganlah halang laluan 'tactile'

[Copy link]
Post time 29-5-2023 02:43 PM | Show all posts |Read mode

PETIKAN video menunjukkan lelaki terpaksa mengalihkan motosikal yang menghalang laluan 'tactile' untuk komuniti OKU penglihatan di stesen MRT.

Kuala Lumpur: Lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) penglihatan terpaksa mengalihkan motosikal yang menghalang laluan 'tactile' untuk komuniti itu di sebuah stesen perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) di sini memberi kesedaran kepada orang ramai yang tidak mengetahui fungsinya sebelum ini.

Video berkenaan dimuat naik isterinya di akauan TikTok @mrranggapnnadia semalam dan meraih 1.7 juta tontonan serta pelbagai komen netizen yang ada segelintirnya mengakui baru mengetahui fungsi laluan itu.

Laluan berkenaan adalah untuk panduan jalan kepada mereka yang kurang upaya penglihatan.

Wanita berkenaan merakam video berkenaan ketika sedang menunggu suaminya di stesen berkenaan.

"Nak ambil husband (suami) tadi di salah satu stesen MRT. Gigih dia alih motor (motosikal) yang halang laluan tactile.

"Ayuh sediakan laluan tactile yang selamat dan bebas halangan untuk keselamatan orang buta yang melaluinya," katanya pada kapsyen dalam video itu.

Katanya, mereka akan terus berkongsi kesedaran mengenai laluan tactile yang juga hak orang buta.

"I (saya) sentiasa sokong U (awak). Proud of U (Bangga dengan awak) Sayang! Ayuh semua sediakan laluan tactile yang selamat untuk OKU penglihatan," katanya.

Menyemak akaun TikTok wanita berkenaan, wanita itu banyak berkongsi video mengenai suaminya dan kesedaran mengenai komuniti itu.

Sementara itu, pengguna TikTok dikenali Nass Mann berkata, ramai yang tidak mengetahui fungsi sebenar laluan berkenaan sama sepertinya sebelum ini.

"Sebenarnya ramai tak tahu apa fungsi tactile. Aku dulu pun tak tahu, tapi aku tanya kawan yang kerja dalam pembinaan jalan. Kena ada penjelasan pada public (orang awam)," katanya dalam komen di video itu.

Adeliey Part Nam pula berkata, "Terima kasih bagi saya idea untuk tolong orang selepas ini. InsyaAllah saya akan alihkan apa-apa halangan atau laluan tactile kalau saya jumpa."

Seorang lagi pengguna akaun sosial itu, Mazleenmusa berkata: "Saya antara guru pendidikan khas yang sudah bersara awal, sangat geram, sedih, marah (kepada) orang ambil mudah hak OKU. Rata-rata tiada kesedaran."

Sementara itu, Yan pula berkata, sepanjang 20 tahun hidup dia baru mengetahui bentuk lantai laluan itu berbeza kerana ia adalah untuk laluan OKU.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lang-laluan-tactile
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 1.082379 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list