CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212|Reply: 0

[Selangor] Polis lupus barangan kes bernilai lebih RM500,000

[Copy link]
Post time 29-5-2023 03:22 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Khairi melakukan simbolik pelupusan sejumlah kotak rokok menggunakan jentera di Balai Polis Kapar, Klang hari ini.



KLANG – Sebanyak 6,289 barang kes termasuk rokok dan perjudian bernilai lebih RM500,000 dilupuskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Khairi Shafie berkata, kesemua barangan itu melibatkan 422 kertas siasatan dari tahun 2017 hingga Januari lalu yang telah selesai dibicarakan dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Katanya, sepanjang tempoh sama itu turut membabitkan 220 tangkapan individu bagi kes-kes tersebut.

“Kalau mengikut pecahan adalah sebanyak 4,645 barangan kes kontraban, kes am (856 barangan), perjudian (788 barangan) serta wang tunai berjumlah RM49,086. Barang am ini melibatkan seperti kes bunuh, rompak, curi dan lain-lain lagi,” katanya,

Terdahulu beliau dan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Klang, Mohd. Hirman Abd. Raub melakukan simbolik pelupusan barangan tersebut di Balai Polis Kapar, hari ini.

Jelas Mohd. Khairi, kesemua barangan tersebut dilupuskan mengikut prosedur ditetapkan iaitu kes mesin
mining dengan cara manual sementara barangan kes kontraban iaitu rokok dengan membakar di dalam kebuk pembakaran. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... lai-lebih-rm500000/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 1.275641 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list