CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8770|Reply: 21

Filem BARAJIWA - 2011

[Copy link]
Post time 15-12-2010 12:19 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by intanbiru at 22-12-2010 00:56

Remy Ishak & Bront Palarae Bersilat Dalam Barajiwa[size=0.833em]0 Comments

by sultanmuzaffar | 14 Dec 2010 | in Hiburan, BERITA HANGAT,





Pengarah filem terkenal, Osman Ali kembali ke kerusi sutradara dengan sebuah filem terbaru. Selepas mengarahkan filem CUN yang dibintangi Maya Karin dan Remy Ishak, Nuansa Sdn Bhd. meneruskan hayat industri perfileman tempatan dengan filem keduanya sebuah filem aksi bertajuk BARAJIWA.


Masih mengekalkan pelakon segak, Remy Ishak, BAWAJIWA akan turut menggandingkan Diana Danielle(Trisya), Nadia Nissa(Lara), Fizz Fairuz(Freez), Bront Palarae(Pinto) dan Mislina Mustafa(Kak Pora). Filem itu turut dibantu pendatang baru layar perak,


Mengangkat tema perjuangan, persahabatan dan cinta yang suci, BARAJIWA dilihat mampu untuk mendekatkan generasi hari ini yang sering disogokkan dengan filem aksi dari Hollywood.

“Kami sangat menghargai kerjasam dan sokongan yang diberikan oleh Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia untuk menjayakan filem ini. Penglibatan pertubuhan itu sedikit sebanyak dapat mengangkat seni silat Melayu yang jarang sekali dapat kita tonton di layar perak.” ujar Osman Ali yang mula mengorak langkah dalam dunia perfileman dengan filem pendek Bukak Api.


“Menerusi filem ini, kami akan menggabungkan silat dan filem dalam konteks yang popular. Kita pernah menontonnya menerusi filem Merantau Warrior di Indonesia, Ong Bak di Thailand yang mana mereka berjaya menggabungkan elemen seni yang mereka ada itu untuk dihayati penonton filem. Warisan persilatan yang kita ada ini perlu dipanjangkan ke generasi muda.” tambah Osman lagi.

Kesalahannya membawa dia ke penjara! Tetapi bagi Firman ia satu titik permulaan kea rah haluan hidup yang baru. Trisya pula sama seperti gadis lain yang ingin dicintai tapi apabila cinta menemuinya barulah dia sedar erti cinta yang sebenar. Free! Dia hanya memikirkan tentang kegembiraan dan berkongsi kegembiraan itu dengan kawan-kawannya. Dan Lara, jiwanya bebas dan dia mahu hidup berdikari. BARAJIWA menerokai makna persahabatan dan cinta yang sering disalah erti.


4 watak ini bertemu di WIRA CINTA; sebuah kelab di mana mereka dan kawan-kawan yang lain mempelajari ilmu persilatan. Dan di sana juga mereka menemui siapa diri mereka yang sebenar. Kelab itu dimiliki oleh Kak Pora, seorang yang amat memahami jiwa remaja seperti mereka.


Kemunculan Pinto, sahabat baik Firma masa lalu kini mencabarnya. Pulang ke tempat asal; ke jalan yang gelap atau dia akan dimusuhi Pinto selamanya!

“BARAJIWA adalah sebuah “community film” iaitu remaja yang menentang persekitaran. Kedengaran agak berat tetapi filem ini sebenarnya ringan dengan elemen romantic yang membuai perasaan.”


Pertama kali di layar filem bergenre aksi, Diana Danielle yang lebih dikenali dalam filem komersial akui berbesar hati dan berbangga apabila terpilih untuk berlakon di bawah arahan Osman Ali.


“Sudah lama saya mengimpikan untuk berlakon di bawah arahannya setelah menyaksikan filem Anak Halal. Dan hari ini impian saya itu ditunaikan, walaupun dalam waktu yang sama agak gementar kerana BARAJIWA sebuah filem aksi. Berlakon dalam filem sebegini memang memenatkan dan kami berharap akan berjaya melepasi halangan tersebut.” tambah Diana Danielle yang bakal muncul dengan filem Hanyut arahan U-Wei Hj Shaari tidak lama lagi.


Memilih Diana sebagai tunjang utama adalah didorong oleh sifat ingin melihat bakatnya berkembang. Itu pandangan Osman tentang pelakon berdarah kacukan itu.


“Setelah menonton Magika, saya melihat ada sesuatu dalam diri Diana yang boleh dikembangkan lagi. Saya sangat yakin watak Trisya boleh digalas Diana. Saya juga berharap menerusi filem ini persepsi pengkritik dan peminat terhadap Diana akan berubah. Saya juga menjanjikan kejutan buat penonton terhadap lakonan Diana berbanding apa yang pernah ditonton sebelum ini.” terang Osman lagi.


Diana yang sebelum ini lebih dikenali di layar komersial menerusi filem Magika dan Evolusi KL Drift menerima tawaran filem BARAJIWA kerana mencintai seni dan tertarik dengan kerja Osman Ali selaku pengarah.


“Saya melihat Osman merupakan seorang yang teliti dari segi lakonan dan skrip. Beliau memberikan fokus kepada setiap watak dan menganggap setiap watak memainkan peranan yang sama pentingnya dengan pelakon utama.” ujar Diana.


“Peluang bekerja dengan pengarah U-Wei Hj Shaari dalam filem Hanyut benar-benar membuka mata saya. Begitu juga dalam filem …Dalam Botol. Jika dulu saya banyak main-main, kini saya mula serius kerana menyedari filem sebeginilah yang mampu mematangkan seorang pelakon baru seperti saya. Saya mula jatuh cinta setelah berlakon …Dalam Botol dan Hanyut dan rezeki saya melimpah-limpah setelah berlakon dalam filem tersebut.” tambah Diana lagi.

Sementara itu, pelakon Bront Palarae yang baru saja dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23 baru-baru ini hanya memegang watak pembantu. Osman selaku pengarah ada sebabnya yang tersendiri.


“Saya melihat kesesuaian watak. Saya nampak Pinto dalam diri Bront dan begitu juga Firman dalam diri Remy. Sebelum ini saya sering melihat Bront diberikan watak yang menyelitkan unsur “humor”, “charming” dan “witty”. Saya janji dalam filem ini Bront sangat berbeza.” jelas Osman.


BARAJIWA adalah sebuah cerita tentang anak muda, dan Osman mempersembahkan cerita ini dengan aksi silat dan stunt yang mengejutkan!


Bakal menelan belanja RM1.5 juta, filem BARAJIWA bakal memulakan penggambaran minggu hadapan di sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu.









credit to: berita harian



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2010 10:44 AM | Show all posts
Ok ler tuh tspi tolong lah jgn jadi cam arjuna...tak best langsung
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 11:58 AM | Show all posts
haha,kak pora.....sape yg jd kak pora?
remy ni muka cam bngla kat kdai runcit dkt umh aku lak
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 12:21 PM | Show all posts
rambut RI dah panjang ke ?
pakai cekak rambut lar pulak !



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 03:07 PM | Show all posts
latih tubi bersilat hampir dua bulan, kalau tak bagus jugak besilat, memang nak kena ni....:]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 03:10 PM | Show all posts
Reply 3# scarlett-jo


    kak pora dilakonkan oleh calon best actress ff23, mislina mustaffa....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-12-2010 03:11 PM | Show all posts
Reply 3# scarlett-jo


    kak pora dilakonkan oleh calon best actress ff23, mislina mustaffa! she s great actress tho....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 04:15 PM | Show all posts
diana ni pkai baju pepel ke kuning???
konpius aku.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2010 06:20 PM | Show all posts
si henry minat sangat ngan kak pora nie
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 08:05 AM | Show all posts
ingat dah start penggambaran..rupanya baru nak start..belum start pun dah nak puji lebih2 lakonan dorang..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 09:51 AM | Show all posts
diana ni pkai baju pepel ke kuning???
konpius aku.....
adifrs Post at 15-12-2010 16:15



    adifrs...aku pun baru perasan....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 10:08 AM | Show all posts
Reply 1# intanbiru
pelik je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 10:28 AM | Show all posts
adifrs...aku pun baru perasan....
cloudnine_mm Post at 16-12-2010 09:51



    x kan..event yg skjap jek tu...bleh tuko2 baju....ape kes ekk???
   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2010 01:09 PM | Show all posts
Reply 13# adifrs


pelik jugak ya....mungkin dia tukar baju sebab berlaku insiden tertumpah air ke apa ke masa buat show bersilat ke...may be?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 02:24 PM | Show all posts
Reply 14# intanbiru


mgkin laaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 03:27 PM | Show all posts
Reply  intanbiru


mgkin laaa.....
adifrs Post at 17-12-2010 14:24

adifrs ko ckp cam 2 aku pon bru perasan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2010 03:29 PM | Show all posts
adifrs ko ckp cam 2 aku pon bru perasan...
sue87 Post at 17-12-2010 15:27



    .....klu aku x ckp....sumer x pasan lah yer...
      nak tacang...nak tacang.....sape bleh bagi kat aku ek.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 06:49 PM | Show all posts
ad aksi magic k0t... huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2010 12:48 AM | Show all posts
Cetak .   Emel Rakan .  
Aksi silat Osman Ali
Oleh Hanisah Selamat
[email protected]
2010/12/21


Filem Barajiwa bakal martabat seni bela diri rumpun Melayu

KEBANJIRAN filem aksi dari Barat dan Hong Kong menyuntik semangat Osman Ali untuk menghasilkan Barajiwa yang disifatkan antara usaha menonjolkan keunikan silat selaku seni mempertahankan diri warisan bangsa yang harus dibanggakan.

Tidak mengenepikan elemen komersil, filem keempat sutradara itu yang mengangkat tema perjuangan, persahabatan dan kasih sayang turut menggandingkan Remy Ishak dan Diana Danielle sebagai teraju, selain dimantapkan Bront Palarae, Nadia Nissa dan Mislina Mustafa.
Katanya, penonton terlampau disogokkan filem aksi Hollywood dan negara lain sedangkan bangsa Melayu pula mempunyai aneka jurus silat yang mempunyai keunikan tersendiri untuk dikongsi bersama generasi muda serta tidak ketinggalan khalayak luar.

“Kita pernah menyaksikan kehebatan silat dalam Merantau Warrior yang popular di Indonesia manakala Ong Bak terbitan produksi Thailand juga tidak mengecewakan dan kini Barajiwa pula menjadi medan memaparkan kehebatan seni mempertahankan diri rumpun Melayu itu.

“Kami berbesar hati apabila mendapat kerjasama Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM) yang bertanggungjawab melatih setiap pelakon menguasai seni bela diri ini selama dua bulan sebelum penggambaran,” katanya pada majlis pelancaran filem terbitan Nuansa Sdn Bhd di ibu kota baru-baru ini.

Filem yang memulakan penggambaran pertengahan Disember di lokasi sekitar ibu negara dan Terengganu itu mengisahkan perjalanan kehidupan empat anak muda iaitu Firman lakonan Remy, Diana (Trisya), Freez (Fizz Fairuz) dan Lara (Nadia Nissa) yang dipertemukan di sebuah kelab milik Kak Pora (Mislina).
Masing-masing punya cerita tersendiri seperti Firman yang cuba membina kehidupan baru selepas keluar daripada penjara, manakala Trisya mahu dicintai, Freez pula hanya memikirkan kegembiraan dan Lara, jiwa bebasnya ingin terus berdikari.

Segala rasa dikongsi dengan Kak Pora yang begitu memahami naluri anak muda, malah di kelab Wira Cinta itu juga mereka mempelajari teknik persilatan dan di situlah mereka menyelami erti persahabatan serta kasih sejati.

Namun kehadiran Pinto, watak dibawakan Bront yang menjadi teman baik masa silam Firman hampir menggugat segala ketenangan apabila lelaki itu memberi kata dua sama ada dia kembali ke dunia hitam atau menjadi musuh Pinto selamanya.

Osman yang bermula dengan filem eksperimen, Bukak Api, mengundang perhatian ramai apabila dia menghasilkan filem aksi, Anak Halal pada 2007 yang disifatkan pemerhati filem sebagai antara karya hebat pada tahun terbabit.

Dari situ, kredibilitinya selaku sutradara muda yang melihat imej pada sudut berbeza terserlah dan kemudian terhasillah Malaikat Di Jendela, Puaka Tebing Biru, Cun dan terbaru Barajiwa.

Istimewanya, dengan bimbingan jurulatih silat berpengalaman, Osman menegaskan 80 peratus daripada aksi lasak akan dibawakan pelakon sendiri dan penampilan pelagak ngeri hanya untuk adegan yang dirasakan cukup berbahaya.

Apa pun katanya, kesungguhan pelakon sudah terserlah pada peringkat awal latihan apabila si wira dan penjahat iaitu Remy serta Bront turut mempelajari teknik berlawan menggunakan pedang sebenar.

“Awalnya saya agak risau jika pelakon keberatan beraksi lasak, tetapi saya terkejut apabila melihat semangat mereka yang begitu beriya-iya mempelajari bunga silat, aksi bertarung dan berlawan dengan senjata betul.

“Memang sukar kerana rentak bersilat perlu tepat, bukan main hentam sesuka hati. Namun saya tidak sabar menanti aksi pertarungan bersenjata kerana parang atau pedang sebenar akan menghasilkan percikan api yang tentu saja menambah getaran,” katanya lagi mengenai filem yang memperuntukkan kos sebanyak RM1.5 juta itu.

Osman berkata, pemilihan pelakon juga mempunyai rahsia tersendiri apabila masing-masing diyakini mampu menghidupkan watak yang dipertanggungjawabkan, melihat kepada rekod lakonan dalam filem mereka yang terdahulu.

Bakat gadis berdarah kacukan, Diana Daniella misalnya, belum diuji sepenuhnya. Malah ada kejutan yang bakal dilihat khalayak khususnya pengkritik filem yang selama ini belum berpeluang menyaksikan kebolehan sebenar aktres terbabit.

“Apabila menonton Majika, saya nampak Diana dari sudut berbeza sekali gus meyakinkan saya bahawa gadis ini punya sesuatu yang mampu menyerlahkan perwatakan yang lari daripada kebiasaan, begitu juga dengan barisan pelakon lain seperti Nadia Nissa dan Mislina.

“Nama mereka mungkin belum kukuh, namun kredibiliti sebaik saja berada di hadapan kamera cukup mengagumkan. Saya berjanji, filem ini menghidangkan kelainan daripada pelbagai sudut,” katanya lagi yang turut dibantu Fauzi Nawawi sebagai pereka aksi.

Teruja berlakon filem aksi

BAGI Diana yang sememangnya mengidam untuk bekerja di bawah kendalian Osman, tawaran itu ibarat bulan jatuh ke riba, tambahan pula membintangi filem aksi pertamanya yang diharap mengubah persepsi ramai terhadap lakonannya selama ini.

“Saya teruja untuk ke set Barajiwa tetapi pada masa sama berdebar memandangkan banyak aksi lasak selain perlu mendalami bunga persilatan. Namun inilah cabaran yang perlu saya sahut untuk membuktikan kebolehan saya membawakan apa juga watak.

“Saya juga berharap mampu memenuhi harapan Osman yang begitu yakin terhadap kemampuan saya menyelami watak sebagai Trisya. Sekali pun filem aksi agak memenatkan dan bahaya, saya tak kisah, janji saya puas ,” katanya yang terseliuh pada hari pertama latihan silat.

Pelakon yang bakal muncul dalam filem Hanyut arahan U-Wei itu sebelum ini lebih menyerlah menerusi filem komersil termasuk Magika dan Evolusi KL Drift mengakui hasil kerja Osman yang teliti serta memfokuskan kekuatan setiap pelakon termasuk watak sampingan membuatkan dirinya cukup tertarik pada projek ini.

“Saya semakin cintakan dunia lakonan. Jika sebelum ini lebih kepada suka, sekarang saya serius untuk mendalami lakonan apatah lagi selepas bekerja dengan pengarah U-Wei dan terbabit dalam filem Dalam Botol. Kedua-dua filem ini seakan membawa rezeki untuk saya meraih tawaran seterusnya,” akuinya lagi.

Sementara itu, ditanya pemilihan Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 yang hanya membawakan watak pembantu, bukan sandaran utama seperti mana Remy, sutradara itu menegaskan, dalam filemnya semua karektor sama penting sebagai pendukung cerita.

“Saya sudah nampak Pinto dalam diri Bront dan perwatakan Firman pada Remy. Justeru tiada sebab untuk saya mengubah kedua-dua peranan kerana bagi saya, walaupun Pinto bukan hero, dia juga bukan watak sampingan. Semua perwatakan dalam filem ini yang menyokong cerita.

“Seperti mana karektor Diana Danielle, khalayak yang sebelum ini melihat Bront dengan watak humor, segak dan kepoh akan melihatnya dalam dimensi berbeza manakala Remy sememangnya seorang Arjuna yang perlu ditonjolkan lagi sebagai petarung yang hebat,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 04:15 PM | Show all posts
filem camni elok amik pelakon yang ada basic silat, barulah tak nampak sumbang sgt buah silat dia.. Tony Ja tu mmg superb fighting dia. tapi aku paham pelakon yang boleh bersilat dan hensem mmg takde hehehe

teringat eman manan la pulak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.055860 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list