CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sotong banyak tapi harga tetap mahal

[Copy link]
Post time 10-6-2023 02:00 PM | Show all posts |Read mode

Tinjauan sotong yang dijual murah berikutan lambakan dan limpahan stok sotong yang ditangkap dan dicandat di Terengganu, di Pasar Chow Kit. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN

Kuala Lumpur: Lambakan sotong di perairan Terengganu, tidak banyak mempengaruhi bekalan dan harga hasil laut itu di kawasan lain terutama Lembah Klang.

Peniaga hasil laut Pasar Chow Kit, Fazlan Amran, 26, berkata, bekalan diperolehi mereka daripada pasar borong kebanyakannya dari Kuala Selangor, Selangor dan negeri di utara selain pantai timur.

Katanya, melalui pengalamannya, musim sotong di Terengganu tidak banyak mempengaruhi banyaknya bekalan dan kurangnya harga hasil laut itu.

"Apa yang saya diberitahu pembekal, bekalan sini banyak dari Kuala Selangor dan negeri bahagian utara serta bakinya Terengganu kerana kebanyakan hasil sotong dari negeri itu dieksport ke Thailand.

"Sekarang bekalan memang berkurangan, kalau ada pun masuk dua minggu sekali saja itupun dapat dengan harga mahal.

"Biasa untuk sotong saiz S kita dapat RM12 satu kilogram (kg) dan jual kepada pengguna RM10 hingga RM12 tetapi apabila pembekal naikkan harga sekarang kepada RM14, kita terpaksa jual RM16," katanya ketika ditemui Harian Metro tadi.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Chow Kit mendapati, kebanyakan peniaga menjual sotong pada harga RM14 ke RM16 satu kg untuk saiz S diikuti RM20 (M) serta XXL RM34 hingga RM36.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Jin, 60, yang berniaga di pasar itu sejak 40 tahun lalu berkata, sehari dia memperoleh bekalan antara 80 hingga 100 kg.

"Hendak kata murah tidaklah juga kerana sekarang saya jual RM36 satu kilogram untuk sotong XXL berbanding sebelum ini hanya RM32.

"Kenaikan harga bergantung…kalau bekalan susah dapat dan berkurangan, kita terpaksa bayar mahal kepada pembekal dan naikkan harga jualan terhadap pembeli," katanya.

Semalam, media melaporkan, beberapa nelayan di Terengganu mengakui rezeki mereka mewah apabila perairan negeri itu dibanjiri sotong sejak bulan ini.

Ia menyaksikan beberapa kawasan seperti Kuala Terengganu, Marang, Kemaman, Dungun ,Paka dan Marang bagaikan pesta cahaya apabila orang ramai mengambil kesempatan mencadat dan memukat sotong pada waktu malam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-harga-tetap-mahal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.249769 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list