CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

[Perak] Tanah runtuh: Penduduk diarah kosongkan rumah

[Copy link]
Post time 4-7-2023 11:16 PM | Show all posts |Read mode
Tanah runtuh: Penduduk diarah kosongkan rumah


KEADAAN rumah yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Juang, Simpang Pulai dekat Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM

IPOH: Lima penduduk Orang Asli di Kampung Juang, Simpang Pulai di sini dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku dekat kediaman mereka petang tadi.

Runtuhan yang dikatakan berlaku berikutan hujan lebat itu bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada 7.24 petang di mana sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai diatur gerak ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati sebuah rumah telah terkena runtuhan tanah di bahagian belakang manakala dua buah rumah lagi berisiko tinggi.

“Ketua operasi mengarahkan anggota untuk membuat pemantauan semasa dan mendapati keadaan tanah kurang stabil akibat hujan lebat.

“Atas faktor keselamatan berikutan keadaan cuaca, lima penduduk yang menghuni dua buah rumah telah dinasihatkan berpindah sementara bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihak polis turut dimaklumkan kejadian itu untuk rujukan semasa dan operasi tamat pada pukul 8.19 malam. – UTUSAN


Sumber:https://www.utusan.com.my/nasion ... ah-kosongkan-rumah/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.194653 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list