|
Manjung: Gara-gara tidak puas hati dituduh menagih dadah, seorang suami tergamak membakar isterinya sendiri di kediaman mereka di Kampung Bharu, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima panggilan MERS 999 daripada seorang wanita memaklumkan perbuatan kejam suspek yang juga adik lelakinya jam 6.42 petang.
Menurutnya, mangsa yang berusia 33 tahun dibawa ke Hospital Seri Manjung bagi menerima rawatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 12.20 tengah hari tadi.
"Bedah siasat akan dijalankan pada esok bagi mengetahui punca kematian.
"Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian (suami bakar isteri) disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa dan keluarga kerana menuduh suspek mengambil dadah.
"Polis menangkap suspek yang berusia 28 tahun di sebuah restoran di Lumut, di sini kira-kira 11 malam, semalam.
"Polis turut merampas bahan bukti. Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 18 Julai bagi siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -maut-dibakar-suami |
|