CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Selangor] Pelajar buta cemerlang STPM, peroleh PNGK 3.92 dengan 4 A

[Copy link]
Post time 13-7-2023 04:39 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Amir Faris diumumkan pelajar terbaik STPM 2022 kategori pelajar buta.

Selayang: Pelbagai cabaran perlu dihadapi pelajar buta, Muhammad Amir Faris Mohd Firdaus, 21, untuk menuntut ilmu namun semuanya terbalas apabila dia diumumkan sebagai pelajar terbaik STPM 2022 bagi kategori buta selepas meraih Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.92 dengan empat A.

Kata anak keempat daripada lima beradik itu yang juga pelajar St John's Institution Kuala Lumpur, dia didiagnos buta sejak usianya enam tahun akibat ketumbuhan pada hidung.

Menurutnya, sepanjang menuntut ilmu, dia enggan mengalah biarpun berdepan dengan cabaran termasuk sukar bergerak dan mengakses maklumat.

"Jadi orang buta ini memang tidak mudah, pertama kesukaran akses maklumat terutama yang bergambar. Ada sebahagiannya saya terpaksa minta bantuan rakan dan guru untuk menceritakan semula maklumat bergambar itu kepada saya.

"Setiap hari juga saya dipimpin rakan lain dari asrama untuk bergerak menaiki bas ke sekolah," katanya.

"Cara saya berdepan cabaran sebagai pelajar buta ialah dengan memberanikan diri melangkah ke depan dan mencuba apa saja yang ada di sekeliling atau teroka kehidupan," katanya ditemui selepas Majlis Anugerah Pelajar Terbaik STPM 2022 di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di sini, hari ini.

Seramai 17 pelajar terbaik STPM 2022 menerima anugerah berkenaan yang disampaikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPM Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi serta Pengerusi MPM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Sementara itu, Nur Atikah Zailan, 21, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Klias, Beaufort, Sabah yang meraih PNGK 4.00 dengan lima A pula mendedikasikan kejayaannya kepada bapanya yang juga Pembantu Am di Lembaga Industri Getah Sabah serta arwah ibunya.

"Bapa serta arwah ibu menjadi inspirasi untuk saya belajar bersungguh-sungguh. Mereka kerap berpesan yang kami bukan orang senang, hanya ilmu jadi harapan untuk mengubah hidup kami.

"Kesusahan hidup kami boleh saya gambarkan apabila kami hanya diberikan belanja RM3 sehari ke sekolah, tetapi saya akan bangun seawal jam 4 pagi untuk memasak bekalan untuk saya dan adik bawa ke sekolah," katanya.

Katanya lagi, tiada resepi khusus kejayaannya, namun dia akan menggunakan cuti hujung minggu untuk menelaah mata pelajaran bermula selepas solat Isyak sehingga jam 1 pagi pada setiap hari.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-pngk-392-dengan-4
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.565679 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list