CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

[Selangor] Pemilik Alphard guna ‘beacon light’ dipanggil beri keterangan

[Copy link]
Post time 13-7-2023 05:13 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video kereta tersebut yang menggunakan lampu mata arah (beacon light) dan lampu strob (strobe light) di Lebuh Raya NKVE, semalam.

PETALING JAYA – Polis memanggil pemilik kereta jenis Toyota Alphard yang menggunakan lampu mata arah (beacon light) dan lampu strob (strobe light) seperti yang tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, berdasarkan rakaman kamera papan pemuka, kejadian sebenar berlaku semalam, pukul 6.20 petang di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE).

“Berdasarkan hasil pemerhatian, insiden tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Pemilik kenderaan jenis Toyota Alphard akan dipanggil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Kaedah 94, Kaedah-kaedah Kereta Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 170/59.

“Pihak polis ingin mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

“Pihak polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pemandu yang memandu secara merbahaya dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... il-beri-keterangan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.038004 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list