CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253|Reply: 1

[Pulau Pinang] Dulu alergi tengok 'roket', sekarang jadi kawan - Ahmad Zahid

[Copy link]
Post time 17-7-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Dulu alergi tengok 'roket', sekarang jadi kawan - Ahmad Zahid


Nur Izzati Mohamad
[email protected]





Butterworth: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta jentera UMNO termasuk BN mengenepikan persengketaan untuk memastikan kemenangan Kerajaan Perpaduan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.

Katanya, beliau yang suatu ketika dahulu alah melihat bendera roket (DAP) tapi kini mengenepikan perkara lama demi memperkukuhkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sekarang mereka rakan kita dan kita rakan mereka, dulu saya alergi (alah) tengok roket dan dulu juga lawan tetap lawan tetapi sekarang buat apa kita terus berlawan yang masa ini kita perkukuhkan Kerajaan Perpaduan.

"Oleh itu, jentera UMNO BN diminta ketepikan persengketaan dengan tutup buku lama dan buka buku baru. Saya ingin berterima kasih kepada jentera UMNO Pulau Pinang yang mengatakan di mana sahaja calon Pakatan Harapan (PH) bertanding di situ jentera UMNO akan membantu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, BN mahu turut membantu kerajaan negeri Pulau Pinang apabila menang pada PRN nanti.

"Kerajaan Pulau Pinang, 15 tahun BN tak bersama tetapi kemajuan pembangunan perindustrian berteknologi tinggi amat dikagumi selain Selangor.Asas kemajuan (Pulau Pinang) asal BN suatu ketika dahulu tetapi hakikatnya selepas 15 tahun Pinang semakin maju.

"Jadi, BN mahu turut mahu membantu melalui Menteri dari UMNO supaya dapat tarik pelabur ke Pulau Pinang termasuk mendokong Perdana Menteri yang kita mahu noktahkan kemiskinan tegar menerusi KKDW (Kementerian Desa dan Wilayah),"katanya.



Disiarkan pada: Julai 17, 2023 @ 10:50am










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2023 11:39 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.381657 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list