CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

[Perak] Tindakan pantas pegawai perubatan selamatkan bayi

[Copy link]
Post time 18-7-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Tindakan pantas seorang pegawai perubatan Hospital Taiping yang membuat laporan polis, berjaya menyelamatkan nyawa seorang bayi yang baru dilahirkan selepas ditemukan di belakang sebuah rumah dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisoner Razlam Ab Hamid berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Taiping semalam, berhubung seorang wanita yang disyaki melahirkan anak dan dipercayai bertindak membuangnya dengan niat mahu menyembunyikan kelahiran tersebut.

Beliau berkata hasil siasatan dan tindakan pantas pihaknya, mereka kemudiannya berjaya menemukan seorang bayi yang masih bernyawa dengan ditutupi kain dan tuala, selain dihurung semut di belakang rumah wanita berusia 22 tahun itu, di sebuah perumahan di Taiping.

"Bayi tersebut dikejarkan ke Hospital Taiping dengan ambulans dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Taiping dan kini berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan malam ini.

Razlam berkata ekoran insiden itu, pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu mendedahkan dan membuang kanak-kanak yang umurnya kurang daipada 12 tahun oleh ibu bapa atau penjaganya.

"Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Razlam berkata hasil siasatan mendapati wanita itu belum berkahwin dan bekerja sebagai jurujual, dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tan-selamatkan-bayi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.058227 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list