View: 2298|Reply: 0
|
Aston Martin DB12 bermula RM1.09 juta dilancar di Malaysia
[Copy link]
|
|
Aston Martin DB12 bermula RM1.09 juta dilancar di Malaysia
Aston Martin DB12
KUALA LUMPUR: Aston Martin Kuala Lumpur hari ini secara rasmi melancarkan 'super tourer' pertama di dunia, Aston Martin DB12, untuk pasaran Malaysia, dengan harga bermula daripada RM1.09 juta tidak termasuk duti, cukai, opsyen dan pengubahsuaian.
Pengurus Besarnya, Kumara Sooriar Sivanasan, berkata pelancaran DB12 adalah bertepatan dengan ulang tahun ke-110 pengeluar kereta sukan mewah Britain itu dan 75 tahun barisan model DB.
"Aston Martin DB12 adalah tawaran menarik untuk peminat-peminat di Malaysia yang mana ia telah lama digemari oleh romantisnya sebuah 'grand tourer' (GT), dengan jalan raya yang menarik untuk pemanduan yang menakjubkan di dunia ini.
"DB12 ini mengangkat daya tarikan ke peringkat seterusnya dengan prestasi dan emosi pemanduan yang sesuai dengan label 'super tourer' luar biasa, semuanya disampaikan dengan kejuruteraan sofistikated yang sinonim dengan jenama Aston Martin," katanya di majlis pelancaran model itu.
Kumara seterusnya berkata, kereta mewah itu akan diserahkan dalam tempoh lapan bulan dari tarikh tempahan dengan konfigurasi dan pengubahsuaian lengkap.
DB12 dikuasakan oleh enjin 4.0 liter V8 Twin-Turbo yang ditala oleh jurutera Aston Martin, mencetuskan 680 kuasa kuda (HP) dan 800 newton meter (Nm).
Ini menghasilkan peningkatan 34 peratus prestasi yang ketara apabila dibandingkan dengan Aston Martin DB11.
Aston Martin DB12 kini tersedia untuk dilihat dan ditempah di Malaysia dan tempahan pula ditawarkan dengan jaminan lanjutan perlindungan sehingga 20 tahun.
-BERNAMA
Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... ilancar-di-malaysia
|
|
|
|
|
|
|
| |
|