View: 2575|Reply: 1
|
Han So Hee Minta Peminat Jangan Taksub Dengan Selebriti, Bentuk Tubuh Menarik Sekadar Tuntutan Kerja
[Copy link]
|
|
Pelakon Han So Hee menasihatkan peminat agar tidak taksub untuk mendapatkan bentuk tubuh yang kurus selepas melihat selebriti kegemaran mereka melakukan diet ketat.
Pelakon drama The World of the Married ini menjelaskan kebanyakan selebriti mengamalkan diet ketat disebabkan perlu mengikut sesuatu kontrak atau kehendak watak dalam sesebuah drama atau filem.
"Kamu tidak perlu menjadi kurus seperti saya. Kamu hanya perlu sihat... kerja yang saya lakukan sekarang ini (menjadi artis) memerlukan saya untuk menunjukkan sisi dalam dan luar tentang diri saya.
"Saya ada sebab untuk perlu menjadi kurus. Jika bukan kerana kerjaya saya, saya juga akan mengekalkan berat badan seperti orang biasa," katanya.
So Hee menjelaskan perkara itu ketika muncul dalam video siaran langsung di Instagram miliknya selepas salah seorang pengikutnya bertanya rahsia dia mendapat bentuk tubuh yang menarik.
Akuinya, dia kini sedang menjalani diet dan tidak mengambil sebarang snek kerana perlu mengekalkan berat badan sebelum menjalani penggambaran sebuah drama tidak lama lagi.
Dalam pada itu, So Hee menjelaskan kecantikan bukan hanya diukur menerusi bentuk fizikal semata-mata sebaliknya kesihatan jauh lebih penting.
"Saya rasa tidak sesuai untuk kita letakkan standard kecantikan bergantung kepada kurus atau gemuk.
"Hanya kerana kamu kurus tidak bermakna kamu cantik. Orang yang sihat akan kelihatan lebih menarik," ujarnya.
Sumber: mStar, Allkpop |
|
|
|
|
|
|
|
Sape2 jd selebriti pun rasanya body lawa juga |
|
|
|
|
|
|
| |
|