CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 994|Reply: 0

[Kedah] Jurusolek terima banyak tempahan lukis Jalur Gemilang

[Copy link]
Post time 17-8-2023 01:23 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: "Saya menerima banyak tempahan solekan Jalur Gemilang pada wajah pelanggan sempena Hari Kemerdekaan yang ke 66 ini dan Hari Malaysia tahun ini.

"Untuk menyiapkan setiap solekan, saya memerlukan sekurang-kurangnya dua jam untuk melukis Jalur Gemilang supaya nampak cantik," kata Puteri Nur Syahirah Fazin, 27.

Beliau berkata, tempahan yang diterima kebanyakannya daripada peserta yang akan menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan termasuk tadika dan sekolah serta pertunjukan fesyen.

Sebelum ini, kerjanyanya sebagai jurusolek terhenti seketika sewaktu pandemik COVID-19 pada 2020 hingga tahun lalu.


Namun, tahun ini, beliau memulakan langkah baharu menjalankan perniagaan sebagai jurusolek di Bunga Hati Studio di Mergong Jaya, dekat sini.

"Ini kali kedua saya membuka tempahan melukis Jalur Gemilang pada wajah pelanggan yang mana kali pertama saya bermula pada 2018," katanya ketika ditemui di Studio Bunga Hati.

Puteri Nur Syahirah berkata, untuk melukis Jalur Gemilang, antara paling sukar adalah pada corak bulan dan bintang kerana ia perlu dilukis dengan berhati-hati dan teliti.

Katanya, untuk melukis pada bahagian bintang saja memerlukan masa hampir 30 minit untuk siap dan bahagian jalur juga mengambil masa kira-kira 30 minit.

"Saya kena ikut corak dan jalur serta pada Jalur Gemilang kerana kesilapan memilih warna atau corak boleh menyebabkan warna bendera nampak tidak menarik.

"Sebagai generasi muda, semangat untuk melukis Jalur Gemilang memang ada hinggakan saya berusaha banyak kali untuk menghasilkan warna bendera kita supaya nampak menarik," katanya.

Puteri Nur Syahirah juga bersyukur kerana sebelum ini dia menghidap ketumbuhan pada payu dara namun kini sudah pulih sepenuhnya selepas menjalani rawatan di hospital.

Katanya, dia meminati solekan sejak kecil dan memulakan perniagaan itu ketika berusia 18 tahun malah mendapat sokongan serta galakan daripada ibunya, Sharifah Rohanum Syed Omar, 51.

"Selain persediaan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 66 dengan melukis Jalur Gemilang, Puteri Nur Syahirah juga terbabit dalam program Kedah International Pickup Carnival 2.0 di Taman Jubli Emas, JalanSuka Menanti pada 31 Ogos ini," katanya.


Puteri Nur Syahirah Fazin (kiri) melakukan solekan corak Jalur Gemilang pada wajah model, Noorhaslina Md Hilmi sempena Hari Kemerdekaan ini. - Foto ZULIATY ZULKIFFLI

https://www.bharian.com.my/berit ... ukis-jalur-gemilang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.057993 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list