CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 980|Reply: 0

[Pulau Pinang] MAQIS rampas serbuk keju RM140,000

[Copy link]
Post time 21-8-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode
MAQIS rampas serbuk keju RM140,000


Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 21, 2023 @ 10:23am [email protected]




Anggota penguat kuasa MAQIS Pulau Pinang menjalankan pemeriksaan ke atas serbuk keju dari Denmark bernilai lebih RM140,000 yang dibawa masuk tanpa permit import sah di Pintu Masuk Dermaga Air Dalam (DAD), Butterworth. - Foto ihsan MAQIS




BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas hampir lima tan serbuk keju bernilai lebih RM140,000 ketika menjalankan pemeriksaan di Pintu Masuk Dermaga Air Dalam (DAD), di sini.

Pengarah MAQIS negeri, Muhammad Ikram Abd Talib, berkata rampasan serbuk keju dari Denmark itu dilakukan selepas pemeriksaan mendapati konsainan terbabit tidak mempunyai permit import MAQIS yang sah.

Berikutan itu, katanya, serbuk keju seberat 4800 kilogram (kg) berkenaan ditahan bagi tindakan selanjutnya.


Anggota penguat kuasa MAQIS Pulau Pinang menjalankan pemeriksaan ke atas serbuk keju dari Denmark bernilai lebih RM140,000 yang dibawa masuk tanpa permit import sah di Pintu Masuk Dermaga Air Dalam (DAD), Butterworth. - Foto ihsan MAQIS

"Kegagalan untuk mengemukakan permit import menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa komited melakukan pemeriksaan dan akan terus memantau semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.158049 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list