CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 953|Reply: 0

[Pahang] JAKOA sedia bantu kembar

[Copy link]
Post time 2-9-2023 03:33 PM | Show all posts |Read mode

ROSLINSHAH dan Noralia bersama anak kembar tiga mereka. FOTO Mohd Rafi Mamat

Kuantan: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang sedia membantu menyediakan perubatan secara percuma kepada tiga bayi kembar komuniti Orang Asli sekiranya mereka memerlukan rawatan di hospital kerajaan.

Pengarahnya, Johari Alwi, berkata pihaknya juga akan menyediakan bantuan peralatan sokongan sekiranya diperlukan mengikut saranan hospital.

Katanya, JAKOA sentiasa memberi perhatian pada masyarakat Orang Asli dalam dan luar bandar, pelbagai bantuan disediakan antaranya seperti kemudahan tempat tinggal, rawatan kesihatan, jalan, pendidikan dan latihan bagi golongan belia.

"Kita sentiasa peka dan mengambil maklum setiap perkara membabitkan masyarakat Orang Asli, maklumat juga turut dikongsi dengan agensi lain dalam usaha membantu mengikut perkhidmatan masing-masing.

"Sokongan dan bantuan turut diterima daripada pertubuhan bukan kerajaan, orang perseorangan yang sentiasa cakna dan sudi membantu masyarakat Orang Asli yang berkeperluan," katanya, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Harian Metro pasangan suami isteri Orang Asli yang terpaksa menyerahkan seorang daripada tiga anak kembar lelakinya yang berusia empat bulan kepada ibu saudara mereka kerana kemiskinan.

Johari berkata, pihaknya akan bertemu dengan pasangan muda itu, (Roslinshah Roslan, 19 dan Noralia Saleh, 20) bagi mendapatkan maklumat sebenar sebelum sebarang tindakan dapat dilakukan.

Difahamkan salah seorang anaknya mengalami masalah kesihatan dan sebelum ini sudah menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sedia-bantu-kembar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.056833 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list