View: 3398|Reply: 9
|
Kontroversi Aksi Lucah, Hwasa Menangis Baca Komen Melampau Netizen
[Copy link]
|
|
Anggota kumpulan Mamamoo iaitu Hwasa menerima kecaman teruk disebabkan kontroversi melakukan aksi lucah ketika membuat persembahan di Universiti Sungkyunkwan, Korea Selatan pada Mei lalu.
Mengulas tentang komen yang diterima, Hwasa, 28, berkata komen negatif itu memberikan kesan yang cukup mendalam buat dirinya.
Meskipun menerima dengan hati terbuka segala kritikan namun ada dalam kalangan netizen yang melampaui batas sehingga meninggalkan komen keterlaluan mengenai dirinya.
"Saya menerima banyak mesej ketika tiba di Amerika Syarikat dan tahu ada sesuatu yang tidak kena.
"Saya sedar ia berkaitan tentang kontroversi yang sedang berlaku ketika itu namun ada komen yang diberikan adalah keterlaluan. Saya tidak marah mereka memberikan komen, bagaimanapun ia boleh dikatakan agak melampau," ujarnya dalam satu temu bual.
Kata Hwasa lagi, kontroversi yang berlaku itu juga sedikit sebanyak menyebabkan emosinya terjejas sehingga mengganggu salah satu persembahan bersama Mamamoo di Amerika Syarikat baru-baru ini.
"ada waktu itu merupakan persembahan pertama kami di AS, jadi saya perlu mengawal diri. Saya perlu beraksi normal di hadapan peminat di sana.
"Namun selepas tamat persembahan saya tidak dapat mengawal perasaan dan menangis. Malah ketika di hotel juga saya keluar dan menangis di tempat parkir.
"Saya tidak pernah abaikan segala komen namun kali ini ia menyakitkan," jelasnya.
Persembahan kontroversi Hwasa sebelum ini turut mencuri perhatian persatuan ibu bapa sehingga satu laporan polis dibuat terhadap dirinya.
Pada acara berkenaan, Hwasa yang menyanyi lagu Don't Give berani beraksi terkangkang dan mencangkung di atas pentas.
Bukan itu sahaja dia secara spontan menjilat tangan sendiri sebelum menyapunya ke bahagian kelangkang.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dia ni bawah PNation management kan?retis paling awal join psy tu jessy tapi tu la sheollss cakap happy kje dgan psy tapi gi under jay park lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macik takde masalah dengan Hwasa ni
Antara dia dengan Jessie
Macik suka Hwasa lagi
Tapi dah buat show depan student
Kena tahu lah beza
Jaga tingkah laku
Kadang pelik juga
Artis Kpop ni beria nak jadi westerner
Padahal rakyat deme konservatif |
|
|
|
|
|
|
|
People are so quick to judge. |
|
|
|
|
|
|
|
halah2 dah ko memang suke buat aksi gitu setiap kali perform
hadap je lah kecaman mcm tak biasa
tapi untunglah dia ni byk pembekap |
|
|
|
|
|
|
|
aku ok jer actually joget tu
lagipun all adult konsert, kalau ada budak datang tu salah management, bukan salah hwasa ni
hwasa fighting! |
|
|
|
|
|
|
|
hwasa ni muka exotic. suara sdp. so i approved. kafir so xyh heran sgt hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 7-9-2023 11:36 AM
dia ni bawah PNation management kan?retis paling awal join psy tu jessy tapi tu la sheollss cakap ha ...
psy fokus kt diri sendiri ja...alah jessi hyuna hwasa ni sekapal...baju x prnh cukup kain.. hwasa mna org x mengata dia siap aksi lucah...yg latest ni kt knowing bros lg seksi tayang boobs.. Love my body katanya...
jessi klau masuk tv bju xla seksi luar tv 2 piece dia x kesah . |
|
|
|
|
|
|
|
i team netizen sebab tu performance dekat universiti nyah. Yang engkau nak fefeeling stage dekat coachella dah kenapa nak ghairah tak kena tempat. |
|
|
|
|
|
|
|
Netizens are pariahs at times. |
|
|
|
|
|
|
| |
|