CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3967|Reply: 1

Baru Lepas 'Healing' Atas Bukit, Tayar Kereta Pula Ditoreh

[Copy link]
Post time 19-9-2023 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Sekumpulan pemuda yang baru 'healing' di atas bukit, terkejut melihat tayar kereta mereka dan beberapa kenderaan lain ditoreh.


Perbuatan khianat itu dipercayai berlakh di kawasan parkir Bukit Perangin, Changlun, Kedah pada Ahad.




Salah satu kenderaan pendaki yangg tayarnya ditoreh oleh individu yang tidak dikenali tular hari ini.





Menerusi video tular berdurasi 54 saat yang dikongsikan @_muhdimann, kesemua kenderaan di tempat parkir tersebut ditoreh pada bahagian tayar.


“Kami datang Bukit Perangin, Changlun. Nak parking kereta sangat bahaya di sini, tayar kereta semua kena toreh.


“Cara ni bahaya balik Tuan Tuan. Gaya ni tak naik dah bukit ni,”keluh perakam video terbabit.


Kedengaran juga suara individu lain dipercayai rakannya mengeluh dan marah terhadap perbuatan khianat individu terbabit.




“Orang datang baru nak ‘healing’ sampai pagi tak balik. Ini memang tak baliklah ni, macam mana nak balik dengan keadaan macam ini?”marah individu tersebut.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengingatkan orang ramai yang ingin berkunjung ke sana agar berhati-hati dan mendakwa ada pihak yang sentiasa ‘memerhati’.


“Hati-hati healing kawasan situ ada geng sedang memerhati,” komen huzznezz.


“Berapa kali dah, sebelum ini cermin kena pecah semua,”kata abgjamal@dt.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2024 05:38 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.044887 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list