View: 1014|Reply: 1
|
Tidak ke festival filem, Katrina Kaif nafi hamil
[Copy link]
|
|
KATRINA KAIF
GARA-GARA tidak muncul dalam Festival Filem Jio Mumi Mumbai ke-17, ada pihak menyangka aktres Katrina Kaif kini sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan aktor Vicky Kaushal.
Katrina bagaimanapun bertegas, ketiadaannya pada acara besar tersebut tiada kaitan denngan kehamilan sebaliknya, dia sebenarnya berada di luar kawasan.
Akui pelakon berusia 40 tahun itu, beberapa bulan kebelakangan ini dia kerap ke luar negara atas urusan kerja.
Terdahulu, spekulasi bintang filem Boom itu hamil hangat diperkatakan selepas dilihat kerap menggayakan pakaian longgar seakan-akan mahu menyembunyikan sesuatu.
Malah, dalam satu acara yang turut membabitkan penyertaan orang ramai, beberapa keluarga terdekat dilihat seperti melindunginya daripada dihimpit khalayak.
Katrina yang 20 tahun bergelar anak seni berkahwin dengan Vishal dua tahun lalu.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... na-kaif-nafi-hamil/ |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya kulit dia ni walau umor dah 40. |
|
|
|
|
|
|
| |
|