View: 1058|Reply: 6
|
Lelaki Tak Pakai Baju Naik Motor, Hisap Gam Siang-Siang Hari "Khayal Sampai Ke Bulan, This Is Kelantan"
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki dilihat menunggang motosikal dalam keadaan khayal dipercayai menghidu gam di sebuah persimpangan jalan lampu isyarat di Kelantan, namun tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar.
Vvideo tular yang dimuat naik di aplikasi WhatsApp pada Rabu itu memaparkan lelaki berkenaan dengan selamba menghidu bahan terlarang tersebut di khalayak ramai.
"Semakin parah rakyat kita ini, berani hisap gam siang-siang hari tanpa segan silu. Khayal sampai ke bulan. This is Kelantan (Ini adalah Kelantan).
"Risau pula tengok takut dia langgar orang atau orang langgar dia," tulisan di kapsyen.
Menerusi video yang dikongsikannya itu, lelaki berkenaan berada dalam khayal dan tidak berbaju.
Malah, dia juga dilihat menunggang motosikal dengan keadaan berbahaya ketika meninggalkan persimpangan jalan lampu isyarat tersebut.
Sebelum ini dilaporkan seorang lelaki yang juga penarik beca berada dalam keadaan khayal dipercayai akibat menghidu gam di Pulau Pinang pada 19 September lalu.
Kejadian itu juga turut dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian. —CARI
Sumber:Majoriti
|
|
|
|
|
|
|
|
Khayal sampai ke parti bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Baru semalam lalu tepi jalan ada org isap gam gak, last2 terbaring tepi jalan besar woi. Kegiatan tak bermoral betul |
|
|
|
|
|
|
|
so skrg kauda sampai ke mana
langit ke lapan kah |
|
|
|
|
|
|
| |
|