CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3870|Reply: 42

Dah Tak Boleh Beli Di TikTok, Indonesia Larang Guna Media Sosial Untuk Berdagang

[Copy link]
Post time 27-9-2023 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Jakarta: Indonesia akan menguatkuasa peraturan baharu yang melarang berdagang di media sosial seperti TikTok bagi melindungi peniaga kecil, mikro dan sederhana.


Menteri Perdagangan Zulkifli Hasan berkata, menerusi peraturan baharu yang ditandatangani Isnin lalu, platform media sosial hanya dibenar untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan.


Foto: AFP






"latform media sosial hanya boleh melaksana promosi barangan dan perkhidmatan serta tidak boleh (melakukan) dagangan langsung serta pembayaran terus.


"(Jadi) Tidak boleh lagi (jual beli terus daripada media sosial seperti sebelum ini), hanya boleh promosi saja," katanya yang dilapor Antara News.


Zulkifli berkata, seperti televisyen, media sosial atau platform digital lain hanya boleh menjadi ruangan promosi semata-mata, malah kerajaan dengan jelas mengasingkan platform 'perdagangan sosial' dan 'media sosial'.


"Ia mesti dipisahkan, jadi ia tidak akan menguasai semua algoritma, dan ini menghalang penggunaan data peribadi untuk tujuan perniagaan," katanya.


Peraturan baharu itu turut menetapkan senarai positif barangan atau produk dibenar diimport, manakala antara barangan yang tidak boleh diimport atau dalam senarai negatif ialah batik.-CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli kat tiktok murah gila x de org tgh beli terus de kilang.. baju2 semua murah
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
satgi ramai la indon  mai ke negara Msia boleh....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 04:02 PM | Show all posts
malaysia bakal follow indon ke nak banned juga e-commerce?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Prisskiesss tak peduli sebab dah aman2 hidop kat tanah ayer ni menghisap segala subsaydee dan kekayaan yg ada kat sini sambil tangan mengutok2 ummah tanah ayer tempat dia cari makan kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Satgi indon mai menege online kt sini plak..sini semua boleh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2023 06:27 PM | Show all posts
honam: malaysia bakal follow indon ke nak banned juga e-commerce?

kalau jual direct mmg kena bann. tapi kalau berplatform macam shopee atau lazada
mmg takde bann. yang jadi isu sekarang ni tiktok tu bukan platform jual beli.

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 06:27 PM | Show all posts
honeybee1802 replied at 27-9-2023 09:21 AM
Satgi indon mai menege online kt sini plak..sini semua boleh

kat shopee dah mula dah.
dulu2 China sahaja. sekarng Indonesia , Korea , Thailand , Taiwan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2023 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 27-9-2023 06:27 PM
kat shopee dah mula dah.
dulu2 China sahaja. sekarng Indonesia , Korea , Thailand , Taiwan.

Vietnam pun uols...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
pm tepi ler
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 27-9-2023 05:19 PM
Prisskiesss tak peduli sebab dah aman2 hidop kat tanah ayer ni menghisap segala subsaydee dan kekaya ...

Patut la gigih jual obat aboorsi ngan obat kuat kat cari
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 07:01 AM | Show all posts
cara perniagaan baru sepatutnya yang patut dikembangkan bukan kekalkan cara kuno.

peniaga-peniaga kecil ini patut kena berniaga dengan cara baru. lebih mudah untuk semua... indon mengambil langkah kebelakang..ke arah zaman kuno

idea perlu kedai ini hanya relevan zaman ini kalau sewa murah tetapi jadi kuno sejak ada internet dah tak sesuai.. dengan internet ianya membawa revolusi... kedai jadi sebesar alam, seluruh dunia olrang boleh datang, ada kedai free ada yang berbayar tetapi lebih murah berbanding dengan sewa kedai cara kuno, boleh masukkan beribu-ribu iklan menarik yang tak boleh disampaikan oleh kedai cara kuno, bayar online orang hantar pun ada... beribu kelebihan ecomerce tetapi indon balik ke zaman kuno...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiktok shop ni newcomer dalam ecommerce platform. Ia platform yang bagus untuk usahawan dan industri kecil dan sederhana. Orang ramai beli waktu live session sebab harga murah. Waktu tu juga boleh soal jawab dengan seller. Bukan nak kata tiktok ni first buat live sebab platform lain pun buat live jugak,cuma tiktok ni mcm lebih accessible berbanding yang lain. Aku pun dah beberapa kali order dan memang murah. Pada waktu sama support peniaga kecil melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Start bila tu? Sbb tiktok shop indo yg iols follow masih ada je wat live
Tp iols tak dapat la tgk beg kuning dorang tu, tp saja nk tgk real color sbb masih boleh order kat shopee.
Tiktok shop hanya bleh beli yg malaysia n china je, kalau kat shopee leh beli hat dr indonesia juga
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah shopping kt tiktok..x confident
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 28-9-2023 07:28 AM
Tiktok shop ni newcomer dalam ecommerce platform. Ia platform yang bagus untuk usahawan dan industri ...

Katanya sbb supplier pun jual murah harga kilang so membunuh peniaga2 dropship tu

Kalau gitu ban je la supplier or hq yg suka jual murah2 time live
Sian plak surirumah yg berniaga kecil-kecilan kat tt tu.
Kat fb ada group utk tiktok live ni kira group utk share cara cemana nk meniaga nk belajar wat live bagai la.
Penah tgk ada surirumah ni share dia wat live sambil ayun buai anak twin dia.
Dlm live tak nampak pun anak2 dia tu, pandai2 la dia set up kamera tu.
Sambil jaga anak pun sempat lagi nak meniaga cari duit, kalau tiktok shop kena ban kesian juga la kat dorang ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2023 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Murah sebab subsidi oleh kerajaan china

Bangkem beli powerbank rm4 jer.. kalau beli kat shopee rm80 lebih

Pastu wife bangkem beli kacang gajus badam almond bagai tu berkilo kilo macam2 jenis tak sampai seratus pon.. kalau beli kat shopee mau 4-5 ratus
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 28-9-2023 08:52 AM
Murah sebab subsidi oleh kerajaan china

Bangkem beli powerbank rm4 jer.. kalau beli kat shopee rm80 ...

Sorry yet report, beli kat mana tu yg murah2
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
aisah7493 replied at 28-9-2023 09:33 AM
Sorry yet report, beli kat mana tu yg murah2

Tiktok live

Cari yang rm0.01 atau diskaun 90%.. untuk first time buyer je..

tips = buat ler banyak2 akaun
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 27-9-2023 09:26 PM
pm tepi ler

Maksud kau apa? PM tepi seller kat Tiktok ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.059835 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list