CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3317|Reply: 0

Arsenal hadapi krisis kecederaan

[Copy link]
Post time 30-9-2023 03:01 PM | Show all posts |Read mode

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta kehilangan beberapa pemain di setiap bahagian akibat kecederaan. - Foto AGENSI

LONDON: Arsenal terpaksa beraksi tanpa Bukayo Saka dan Declan Rice menentang Bournemouth dengan Mikel Arteta mula berdepan krisis kecederaan.

The Gunners yang memburu kemenangan keempat di tempat lawan musim ini, berdepan kecederaan beberapa pemain utama di setiap bahagian.

Pengendalinya, Arteta mengesahkan beberapa pemain tidak berlatih sepanjang minggu, dengan sebahagiannya tidak terpilih untuk aksi Piala Liga di pertengahan minggu akibat masalah kecergasaan - termasuk Saka dan William Saliba.

"Declan (Rice) masih belum berlatih, Gabi (Martinelli) juga sama, situasi Leo (Trossard), Saka juga sama.


"Mereka senasib, Willy (Saliba) terkena hentakan, Fabio (Vieira) tidak terbabit. Kami perlu menilai mereka hari ini," kata Arteta.

Rice digantikan semasa rehat dalam aksi menentang Tottenham selepas mengalami kekejangan otot belakang.

Penggantinya, Thomas Partey juga cedera dan dijangka akan berehat sehingga 21 Oktober.

Di bahagian serangan, Arteta kehilangan Saka dan Martinelli. Trossard yang menjadi sokongan kepada dua penyerang itu pula mempunyai masalah hamstring.

Gabriel Jesus dan Eddie Nketiah dijangka akan menerajui serangan, manakala kreativiti kapten Martin Odegaard diharap mampu memberikan kemenangan buat pasukan. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... i-krisis-kecederaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.058380 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list