CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3316|Reply: 0

Klopp kembali bertenaga dengan skuad baharu

[Copy link]
Post time 30-9-2023 03:02 PM | Show all posts |Read mode

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp kembali bersemangat selepas berjaya membentuk skuad yang mampu memberi saingan musim ini. - Foto AGENSI

LIVERPOOL: Jurgen Klopp mencabar skuad baharu Liverpool kendaliannya untuk mencipta kejayaan mereka sendiri.

Permulaan cemerlang Liverpool musim ini - memenangi tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan - akan diuji minggu depan apabila mereka bertandang ke Tottenham dan Brighton serta aksi Liga Europa di antaranya menentang kelab Belgium, Union St Gilloise.

Klopp menjelaskan dia kembali bersemangat selepas kempen hambar musim lalu yang menyaksikan dia bergelut membentuk semula pasukan.

Dia bagaimanapun tidak mahu terlalu teruja dengan pencapaian di peringkat awal ini kerana pasukan masih belum stabil dan banyak lagi yang perlu dilakukan.



"Pasukan ini berwajah baharu. Saya menikmati tempoh tujuh tahun lalu dari segenap sudut, tetapi kini kami memerlukan semangat dan cabaran baharu.

"Pada musim panas lalu, saya berpeluang membentuk pasukan sekali lagi dan ia memberikan saya semangat baharu. Saya rasa begitu bertenaga.

"Saya tidak mahu membandingkan antara skuad sebelum ini dan sekarang. Kami mahu memberi peluang kepada pasukan ini mencipta kejayaan mereka sendiri," kata Klopp.

Ketibaan Dominik Szoboszlai dan Alexis Mac Allister pada jendela perpindahan musim panas lalu memberikan impak segera buat Liverpool.

Klopp juga mempunyai pilihan di bahagian serangan dengan Cody Gakpo dan Diogo Jota menjadi sokongan kepada trio hadapan dibarisi Mohamed Salah, Darwin Nunez dan Luis Diaz. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... dengan-skuad-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.292108 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list