|
MARGOT ROBBIE
AKTRES filem Barbie, Margot Robbie mendedahkan cita-citanya sewaktu kecil bukanlah untuk bergelar pelakon seperti yang dinikmati hari ini.
Sebaliknya, wanita kelahiran Gold Coast, Australia itu sebenarnya menyimpan impian untuk bergelar seorang ahli silap mata.
Kata Robbie, sewaktu di bangku sekolah, dia tidak pernah terpilih untuk terbabit dalam mana-mana pementasan kerana tidak berbakat dalam bidang lakonan.
Sebaliknya, dia lebih suka berangan-angan untuk bergelar seorang ahli silap mata terkenal.
“Saya membesar di sebuah bandar kecil yang terletak di Gold Coast, Australia. Jaraknya kira-kira 800 kilometer dari pusat bandar Sydney.
“Semasa kecil saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli silap mata. Saya tidak pernah berangan untuk berada di Hollywood dan menjadi seorang pelakon kerana tidak berbakat dalam bidang itu,” ujarnya.
Kata pelakon berusia 33 tahun itu lagi, dia menjalani kehidupan sederhana sebagai anak kepada pasangan suami isteri yang bekerja sebagai fisioterapi dan petani.
“Ibu saya seorang fisioterapi, manakala bapa petani. Saya mahu menjadi ahli silap kata kerana mahu mengubah kehidupan keluarga,” jelasnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -nak-jadi-magician/ |
|