CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1644|Reply: 2

[Politik] Dakwaan MP Kuala Kangsar diugut: Anwar minta Hamzah tunjuk bukti

[Copy link]
Post time 18-10-2023 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Dakwaan MP Kuala Kangsar diugut: Anwar minta Hamzah tunjuk bukti
Oleh Hazwan Faisal Mohamad - Oktober 18, 2023 @ 11:33am
Hazwanfaisal@bh.com.my




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menunjukkan bukti jika benar dakwaan beliau kononnya Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid diugut supaya menyokong Kerajaan Perpaduan.

Sambil menafikan dakwaan dibuat Hamzah itu, Perdana Menteri berkata tuduhan dibuat itu suatu yang serius dan sepatutnya dibuat laporan untuk disiasat.

"Kalau dia (Hamzah) ada bukti dia kena bawa, tapi apa lagi dia nak kata. Yang saya tahu saya belum jumpa, belum hubungi dan saya tak hantar wakil, tak tahu siapa yang ugut.

"Kalau ada bukti (mengenai dakwaan Ahli parlimen diugut) kena keluarkan dan jangan pakai bebal saja... dan kalau ada (ugutan), ini satu tuduhan serius dia patut bawa laporan dan biar ada siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucapan pembukaan dan merasmikan Simposium Laluan Ke Arah Kesejahteraan Lebih Baik Untuk Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini Hamzah mendakwa Ahli Parlimen Kuala Kangsar diugut supaya menyokong kerajaan dan sekiranya enggan, akan didakwa atas kesalahan rasuah.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu berkata, tindakan menakut-nakutkan Iskandar Dzulkarnain dipercayai bertujuan mendapatkan sokongan supaya kerajaan Madani kembali memperoleh sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen.

Hamzah mendakwa, pada 1 Oktober lalu, Iskandar Dzulkarnain dibawa bertemu seorang pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah hotel di Damansara dan diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah jika enggan menandatangani kenyataan media yang disediakan lebih awal untuk menyokong kerajaan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih terhadap Iskandar Dzulkarnain yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

"Saya belum menghubungi dia, telefon untuk berjumpa, tapi lihat dari kenyataan dia saya ucap terima kasihlah (kepada) dia beri sokongan.

"Soal dia nak kekal dengan PN itu keputusan dia, tetapi saya fikir kalau orang lihat umpamanya apa yang kita cuba lakukan dan dasar ekonomi dan merakyatkan, jadi sepatutnya dia bagi satu dukungan yang baiklah," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 19-10-2023 04:22 PM

Kalau betul berlaku, tunjuk bukti tu perkara mudah je..Tapi sebab fitnah, nak tunjuk bukti tu jadi susah le.. Macam-macam la alasan dan dolak-dalih akan keluar.



Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 04:05 PM | Show all posts
tripleid replied at 18-10-2023 05:13 PM
Kalau betul berlaku, tunjuk bukti tu perkara mudah je..Tapi sebab fitnah, nak tunjuk bukti tu jadi s ...

kann..bg buktile
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.146076 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list