CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10608|Reply: 91

Dayus tak?

[Copy link]
Post time 26-1-2011 12:27 PM | Show all posts |Read mode
kalau masih ada yang ingat kes fazss dulu...3 bulan nak nikah 'dia' tak respon tentang urusan pejabat agama.

1. dia selalu lengah urusan nak kahwin, alasan keluarga(mcm2 kes tersangkut). tapi fazss tak pernah cari jawapan untuk semua tu. sebab fazss baik dengan keluarga dia.

2. dah bertunang, tapi berat nak jumpa. setahun bertunang jumpa sekali aje, itu pun hanya untuk 5 jam.

3. tiba2 senyap. tanpa khabar. mujur baik dengan k.long dia, dari k.long baru tahu dia ok. tapi why dia tak layan kan?? inikan tunang dia??? sesuatu kan???

4. seminggu senyap, dengan bantuan k.long semua baik seperti biasa. tapi hanya untuk 2 hari. keadaan kembali sunyi. tiada balasan. telefon tak angkat.

5. 2 minggu berlalu, k.long bgtau, tahu tak tarikh nikah 'dia' nak tunda. knp??? pelik lagi bengang lah!!!

6. sunyi dan terus sunyi..hari ini genap sebulan..tiada lagi air mata untuk dia... tapi just nak tanya..boleh tak masuk dia dalam kategori dayus????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2011 12:50 PM | Show all posts
kalau masih ada yang ingat kes fazss dulu...3 bulan nak nikah 'dia' tak respon tentang urusan pejaba ...
fazss Post at 26-1-2011 12:27



communication breakdown!

selalunya org yg dah berkawin bertahun2 yg ada kalanya melalui situasi communication breakdown ni...
kalau sebelum kawin dah berlaku communication breakdown, kalau dah kawin harapan besar bertambah breakdown...

imho, samada:

1) dia x mahu kawin tapi x ada guts nak cancel, atau pun...
2) belum bersedia utk kawin sbb mental atau financial masih x ready.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 12:51 PM | Show all posts
Reply 1# fazss


    bertunang atas suka sama suka ker atau pilihan keluarga?
confirm ker dia tak de pompuan lain?
mungkin juga dia sibuk dengan keje atau tak ready nak pikul tanggung jawab sebagai suami..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2011 12:59 PM | Show all posts
Reply 3# ketotmerah


    suka sama suka... nak di jadikan cerita, dulu2 ada lah kisah sedih, kira tangkap leleh punya. tapi fazss suruh dia settel sendiri. n dia come back pd fazss, kisah tu pun senyap.

pas tunang, fazss jumpa dengan atok angkat (pengamal perubatan tradisional tapi dia haji), saja suka2 nak tengok kisah cinta fazss. atok cakap, jangan percaya, kita ikhtiar aje.tengok..nak jadi kisah.. ternampak ada org lain antara kami.. tapi fazss henti kat situ. tak cakap pun apa2.... coz baru bertunang. atok pun terkejut tapi dia buat solat hajat biar semua terang sendiri.


pas minta tunda, korek gak k.long dia. ada beberapa perkara yang tak dapat di ceritakan(aib dia la nanti). kami mencari jawapan sama2. part best dia ckp dgn k.long: "tak jadi kahwin, nak beli kereta lain lah"

baru2 ni fazss try jumpa mak cik pengamal perubatan, mana lah tahu ada unsur2 mistik kan. tapi semua clear. x ada skit pun mistik... jwpan hati berubah..mak cik tu cakap "dia tengah asyik dengan perempuan tu, nak mak cik buat apa?" kecut dgr..takut jadi syirik plak. then fazss ckp..biar lah dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2011 01:01 PM | Show all posts
Reply 2# Equalizer


    financial mungkin tak..dia lengkap. umur dh 30-an. fazss rasa dia ada pilihan lain, tapi tak tahu mcm mn nak putus dgn fazss..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 01:06 PM | Show all posts
pas minta tunda, korek gak k.long dia. ada beberapa perkara yang tak dapat di ceritakan(aib dia la nanti). kami mencari jawapan sama2. part best dia ckp dgn k.long: "tak jadi kahwin, nak beli kereta lain lah"
fazss Post at 26-1-2011 12:59



since x byk info yg tt dapat share, my assumption is dia mmg x nak kawin.
tu yg bagi alasan bodoh...
dia dah ada kereta, tapi nak beli kereta lain?

org yg ada guts (bahasa kasar, ada telur) akan berterus terang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-1-2011 01:07 PM | Show all posts
Reply 6# Equalizer


    itu lah...fazss nak masuk dia dlm kategori dayus...!!!! ayat bunga bagai tapi tang ni lesu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 01:10 PM | Show all posts
seriously??? what kind of relationship macam ni? esok bila awak kawen, setahun sekali nak baru nak jenguk bini? pegi jumpa dia sendiri, tanya direct u nak kawen ngan i ke tak? kalau tak nak, then be a man! cakap terus terang!hish!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2011 01:10 PM | Show all posts
Reply  Equalizer


    financial mungkin tak..dia lengkap. umur dh 30-an. fazss rasa dia ada pil ...
fazss Post at 26-1-2011 13:01



kalau betul dia ada pilihan lain,
samada dia mmg x ada guts nak beritahu u,
atau pun dia tengah evaluate situation.
mungkin dia belum dapat confirmation from the other person dan x mahu let u go dulu...
apa kata org takut yg dikejar x dapat, yg dikendong berciciran...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 01:13 PM | Show all posts
sila bersemuka dgn die...tny die apa masalah die sbenarnye
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 01:20 PM | Show all posts
kalau die dah ade calon lain, so faz undur diri je la.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 01:24 PM | Show all posts
dia ada pilihan lain .... fazs move on n carik pengganti ... x guna tunggu btahun2 tanpa kpastian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2011 02:10 PM | Show all posts
Reply 8# nuryakmal


    serius!!!!sangat2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2011 02:11 PM | Show all posts
Reply 12# LEES


    yes!!! sekarang dah selangkah pergi.. cuma ikatan je, tak terputus cara adat lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2011 02:17 PM | Show all posts
Reply 11# card_reader


    itu yang berlaku.. fazss tak ralat kalau dia cakap dah ada yang lain, ini kita dah keluar duit ngada2... memang tak harap dia dah.. insya Allah, ada jodoh yang terbaik buat fazss. susah agak yer lelaki hari ini....

susah untuk setia! susah untuk memahami! susah! susah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2011 02:19 PM | Show all posts
Reply 10# lovekakashi


    ada try call n sms, tp 1 pun tak layan.. rasa mcm terhegeh2 pula kalau pergi face to face dgn dia. coz kakak dia kata dia ok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2011 02:19 PM | Show all posts
Reply 1# fazss

bukan dayus...masalah komunikasi antara u & tunang

pengertian dayus dlm konteks Islam..
   

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث.

رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS” ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ – تَبَارَكَ وَتَعَالَى – عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ .Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain

Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat” (Al-kabair, 1/45 )

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2011 02:20 PM | Show all posts
Reply 9# Equalizer


    ermmm...ada terpikir gak gitu.. tapi nuts la kan klu gitu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2011 02:24 PM | Show all posts
Reply 17# italy


    terima kasih..banyak ilmu kita kongsi bersama.. terima kasih banyak2... apapun yang berlaku, kita kembali kepada Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 04:24 PM | Show all posts
putus jer lah dik oit...org dah tak nak!...nak tunggu aper lagik....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.162787 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list