Sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman. Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mengikuti majlis Malam Amal Raudhatus Sakinah yang diadakan di Shah Alam. Raudhatus Sakinah adalah satu badan insititusi di bawah Jamaah Islam Malaysia (JIM) membantu melindungi remaja-remaja wanita yang bermasalah.
Saya tertarik dengan tema pada malam itu iaitu "Lelaki Pelindung Wanita".
Lelaki Pelindung Wanita
Dalam permasalahan sosial sekarang seperti isu buang bayi yang semakin meruncing, masyarakat terus menyalahkan pihak wanita yang kononnya lemah, mudah terpedaya dan sebagainya. Namun, kita sering melupakan bahawa isu ini bukan hanya berpunca dari satu pihak sahaja. "Tepuk Sebelah Tangan Takkan Berbunyi". Kita sering melupakan bahawa kelahiran yang sepatutnya suci murni itu turut dicemarkan oleh "ayah" yang tidak bertanggungjawab. Maka seeoloknya kita merenung kembali peranan lelaki terhadap wanita seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Al Quran;
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (surah al-Nisa', 4:34).
Jika kita sama-sama renung ayat ini, terdetikkah di hati kita betapa besar dan beratnya amanah yang telah Allah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin pada wanita. Betapa Allah telah memberi kepercayaan pada lelaki untuk memikul amanah itu kerana beberapa kelebihan yang Allah berikan pada lelaki dan tidak ada pada wanita.
Namun, hari ini, adakah lelaki telah berperanan sebagai pemimpin dan adakah wanita juga telah menjalankan peranan sebagai orang yang dipimpin?
" Lelaki yang paling baik adalah lelaki yang paling baik terhadap isteri dan keluarga".
Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.
"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- Araf:189).
kalu ada lock jer lah |