CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3489|Reply: 0

[Pahang] Lapan lokomotif diesel bantu kerja pemasangan landasan ECRL

[Copy link]
Post time 2-11-2023 11:34 AM | Show all posts |Read mode

LOKOMOTIF diesel yang akan digunakan untuk kerja-kerja pemasangan landasan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).




KUANTAN: Sebanyak lapan lokomotif diesel akan digunakan bagi membantu kerja-kerja pemasangan landasan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijadualkan bermula pada akhir tahun ini melibatkan laluan dari Gebeng di sini menghala ke Dungun, Terengganu.

Sehingga kini, enam lokomotif diesel buatan CRRC Ziyang, China sudah sampai ke negara ini dan ditempatkan di depoh ECRL di Kuantan Port City.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber memaklumkan, dua lagi lokomotif diesel dijangka tiba ke negara ini awal tahun depan.

“Lokomotif diesel ini bertujuan membantu kerja pembinaan di landasan terutama melibatkan pemasangan rel-rel ECRL.

“Kenderaan ini buatan CRRC Ziyang, China. Panjang lokomotif ialah 22,000 milimeter (mm) iaitu 22 meter setiap unit,” katanya di sini semalam.

Berdasarkan laman web rasmi pengeluar lokomotif itu, kenderaan diesel DF8B tersebut dicipta dengan kelajuan maksimum 100 kilometer sejam (kmj) dan kelajuan tetap 31.2kmj.

Ia menggunakan transmisi tolok standard diesel elektrik AC-DC untuk tujuan pengangkutan talian utama.

Lokomotif itu dilengkapi dua kabin dan struktur koridor dalaman dan enjin diesel 16V280ZJA menghasilkan kuasa maksimum 3,680kW.

DF8B boleh memenuhi keperluan untuk tujuan pengangkutan berkelajuan tinggi dan pengangkutan berat di talian utama.

Kerja-kerja pembinaan projek ECRL sudah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 52.64 peratus manakala bagi negeri ini (Infrastruktur Seksyen B dan C) cecah 55.03 peratus sehingga September lalu.

Pembangunan projek ECRL dari Kota Bharu, Kelantan hingga Terminal Bersepadu Gombak di Selangor juga melalui Pahang dijangka siap pada Disember 2026, sekali gus akan membolehkan perkhidmatan ECRL beroperasi pada 2027.

Mengulas lanjut sumber itu berkata, selain kenderaan bahan api diesel, kerja-kerja pemasangan landasan projek berimpak tinggi itu akan turut melibatkan lokomotif elektrik.

Namun katanya, perolehan lokomotif elektrik perlu menunggu sehingga sistem elektrifikasi dilengkapkan untuk projek ECRL.

“Maka lokomotif ini tidak akan sampai masa terdekat,” katanya. -UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... ngan-landasan-ecrl/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.254864 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list