CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6809|Reply: 12

BISMILLAH 4/5/6/7/9..... APA KHASIAT / FADILATNYA??

[Copy link]
Post time 24-2-2011 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Salam kepada semua.....

saya pernah terdengar mengenai Bismillah 4/5/6/7/9... dan banyak lg... apa sebenarnya ea... bismillah ini? Apa kegunaan Bismilah 4? Bismillah 5... Bismillah 6... dan seterusnya... dari rujukan saya di internet... banyak khasiatnya... boleh jadi penawar mahupun pedinding diri kepada pengamalnya... di manakah sumber rujukan yg betul untuk Bismillah nie... sebab saya tau tak semua ayat qur'an yang diperolehi dari internet boleh diguna atau diamalkan bulat2... al-maklumlah... saya ni cetek ilmunya... diharapkan ada sesiapa disini boleh berkongsi info mengenai perkara ini.... dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/moz-screenshot.png
file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-1.png
file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-2.png
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2011 11:45 PM | Show all posts
sesetengah ayat atau amalan memang tidak ada dalam hadis. namun begitu selagi ia tidak bersalahan dengan akidah dan tauhid..maka tidak salah amalkan.

biasanya para sheikh sheikh atau ulamak meneroka sesuatu perkara dgn trial and error, selepas mereka dapati ia berhasil, maka ilmu atau ayat ayat itu diperturunkan.

begitu juga wirid wirid dari hassan al banna r.a misalnya....itu adalah wirid beliau sendiri dan diturunkan kpd generasi ke generasi iaitu wirid al-mathurat....begitu juga wirid manzil, wirid al-latiff, semua ni adalah daripada mereka yg soleh soleh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2011 11:59 PM | Show all posts
Reply 2# Saat


    hmm... terlalu ceteknya ilmu aku dalam hal nie.... hmm... tak paham satu pun.... belajar agama pun stkat yg tau je.... masih banyak yg aku kena blaja.... nak berguru tak tau nak cari kat mane... salah berguru... takut sesat pulak.... hmmmm.... adusss...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 12:01 AM | Show all posts
aku pun mencari guru jugak...namun sampai laa ni, belum jumpa lagi.

lagipun nak cari guru mursyid yg sebenar benarnya bukan senang. dorang ni biasanya low profile je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 01:04 AM | Show all posts
Nak berguru tu kita nak cari yang macam mana? Kalau dicari guru yang bertaraf wali spt kehendak hati kita memanglah susah.

Nak berguru kita cek dahulu apa keadaan kita. Kalau fardhu ain masih tak lepas maka eloklah kita bermula dari bawah dahulu. Bimbang bab fardhu ain tak lepas kita menurut kata hati mencari guru yang hebat akhirnya tak bertemu yang mursyid bertemu pula dgn yang sesat.

Jadi bermulalah dgn asas dahulu, biar kemas fardhu ain, kemas bacaan Quran, kenal Allah dan Rasul mengikut piawaian basic. Krn kalau melangkau tanpa ikut step by step bimbang dtg ujian kita takleh nak selesai. Contoh kita melangkau bab tasawuf, tasawuf pula ngaji kitab Futuhatul Makkiyah sedangkah sifat wajib, mustahil bagi Allah kita belum kenal. Maka bermula episod malang dalam diri kita.

Sekarang kat mana nak berguru? Kalau fardhu ain rasanya banyak tmpt boleh belajar. Yang budak2 boleh bermula di sekolah, yang bapak budak boleh bermula di masjid. Banyak kuliah2 di masjid tunggu kita pergi jenguk jer. Beli kitab gi nadah bersama2 jemaah.

Orang kata, ilmu itu bermula dengan belajar. Maksudnya nak pandai, nak dapat ilmu kenelah belajar. Kalau tak belajar camner nak dapat ilmu. Ada pula orang kata, kalau ilmu laduni tak perlu belajar. Ilmu laduni pun bermula dengan belajar. Kalau tak belajar bagaimana seseorang itu nak mengenal pasti ilmu laduni yang dia dapat benar atau tidak.

Kata Habib Ali al-Jufri, dengan bermula belajar ilmu asas maka Allah akan bagi futuh baginya untuk mengenal agamanya. Dalam Hadith menyebut, barangsiapa yang Allah ingin beri kelebihan dan kebaikan padanya maka Allah beri dia faham dalam ilmu agama. Faham itu tak mesti sampai jadi tok guru besar, tapi faham itu adalah dapat memberi dia hasanah di dunia dan hasanah di akhirat. Dah dapat begitu apa lagi yang kita nak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 10:43 AM | Show all posts
As-salam,

dikatakan antara fadhilat bismillah 5 & 6 sekiranya diamalkan boleh menolak santau dlm makanan/minuman. bekas berisi makanan/minuman akan pecah dgn sndnya sekiranya dihidangkan kpd pengamal Bismillah 5 dan 6. Walluhualam.

sy ada terjumpa dlm sebuah buku doa dr Hadith & Ayat2 Quran, Bismillah 5 diletak sebagai doa utk dibaca seblum memakan ubat...

(1)Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(2)Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
(3)Dengan nama Allah yang mencukupi.
(4)Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
(5)Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di
bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2011 12:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by shiri at 4-4-2011 12:15

Salam,sy kongsikan kisah sy berkenaan ngn bismillah 5/6
kisah ni terjadi oct tahun lepas...

ad minah indon ni berkenan kat sy,so die guna2 kan ngikut keilmuan die hihi
tp alhamdulillah dengan izinnya,guna2 nya x berapa menjadi tp masih berbekas...
sy katakan x menjadi kerna alhamdulillah sy x jd angau cam kawan sy yg kena guna2 kawan pada indon yg ingin kenakan sy tu...

hinggala satu malam selesai solat,sy di ilhamkan untuk membaca bismillah 6 dengan niat makrifat utk ditujukan pada sihir yg cobe dikenakan pada sy...

malamnya waktu tidur sy bermimpikan ad hamba allah yg mdampingi sy
seterusnya memberi satu seutas (betol ke ni?) benang panjang berwarna merah
lantas sy genggam benang tu kemudian diarahkan oleh suara yg mdampingi sy utk dibacakan kursi kemudian dihembuskan pada genggaman tangan sy tu...

selesai dihembus,sy buka genggaman tangan sy seraya melontar kedepan
benang tersebut berkecai bterbangan menjadi debu2 spt terbakar...

alhamdulillah setelah dirujuk pada meraka yg bijak pandai
mereka katakan itu bermaksud ikatan yg cobe dikenakan pada sy sudah terlerai
dan sihirnya tak menjadi..alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 01:12 PM | Show all posts
ayat tak memberi bekas

Bukanlah bismillah tu yg boleh mendatangkan apa manafaatpun, tetapi Allah

So pujilah Allah, sebutlah nama nama Allah, kerana segalanya datang dari Allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2011 03:43 PM | Show all posts
Bismillah 6 adalah pakaian wali2 Allah.. saya teringin nak tau bismillah 6 nih amalan siapa sebenarnye... saya btul2 nak tau...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 04:50 PM | Show all posts
ap2 ayat pon x memberi kan bekas melainkan fadhilatnya dengan keizinan dari allah swt
ayat cume sbg trigger ataupun asbab dan medium permohonan pd ap yg kita hajatkan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 05:04 PM | Show all posts
medium permohonan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 06:59 PM | Show all posts
Bismillah 4/5/6/7/9?? ibu bisminllah pon ade an?

mohon pencerahannnnnnnnn.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 11:43 PM | Show all posts
Assalamualaikum...itulah ungkaian doa2 ismul adzam...apabila diseru di perkenankan...apabila berdoa di kabulkan.amin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.070223 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list