CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4617|Reply: 0

Laporkan kalau saya buat salah – Razarudin

[Copy link]
Post time 4-2-2024 05:07 PM | Show all posts |Read mode

Razarudin

KLANG – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bersifat terbuka dengan tidak pernah menolak mana-mana pihak membuat laporan terhadap beliau sekiranya melanggar undang-undang atau peraturan.

Beliau berkata, masyarakat mempunyai hak dari segi undang-undang dan perlembagaan dalam menyalurkan maklumat atau membuat laporan terhadap mana-mana polis di negara ini.

“Sekiranya, saya langgar undang-undang dan tidak ikut peraturan (maka) laporkan disebabkan saya pun polis.

“Kita memang ;open’ (terbuka) dan mengalu-alukan masyarakat di seluruh negara beri maklumat. Laporkan supaya siasatan adil dapat dijalankan. Kita tidak mahu ada tuduhannya kononnya siasatan terhadap pegawai dan anggota polis ini hendak diselindungkan, dihilangkan keterangan.

“Mana-mana pegawai dan anggota terlibat, kita akan tuduh di mahkamah. Jadi harapan saya supaya mengambil peluang atas hak mereka,”katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menegaskan, ini adalah selaras dengan slogan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa masyarakat dan polis adalah berpisah tiada.

“Kita mahu jalinan kerjasama ini berkekalan dan menyarankan serta mengesyorkan kepada masyarakat supaya menyalurkan dari segi maklumat seperti jenayah dan perjudian,” ujarnya.

Ketika ditanya adakah perlunya ‘pembersihan’ pada PDRM, Razarudin memaklumkan tindakan secara berterusan sentiasa dilakukan menerusi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

“Saya rasa tiada lagi agensi lain yang mempunyai JIPS yang paling besar selain PDRM. Kita punya Jabatan dan Ketua Jabatan di kontinjen serta Ketua Bahagian di (Ibu Pejabat Polis) daerah. Mereka akan tindakan mana-mana pegawai dan anggota polis yang dikenalpasti perlu disiasat.

“Setiap minggu, kita ambil ujian saringan air kencing yang kita nampak tidak betul. Positif (dadah) kita buka kertas siasatan. Kita yang cari.

“JIPS ini bukan sebenarnya hendak cari anggota polis macam penjenayah. Apabila maklumat diterima kita akan siasat selain tugas JIPS ini bagi membetulkan dan memastikan integriti dilaksanakan anggota dan pegawai polis,” katanya. -KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... at-salah-razarudin/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.045262 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list