View: 13100|Reply: 0
|
Tunku Panglima Johor cipta sejarah di Litar Yas Marina
[Copy link]
|
|
Tunku Abdul Rahman (lima dari kiri) bersama pasukan Triple Eight menerima trofi kemenangan. - Foto Asian Le Mans
KUALA LUMPUR: Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim memahat sejarah tersendiri bersama pasukan Triple Eight selepas meraih kemenangan sulung kategori GT dalam perlumbaan pusingan keempat siri Asian Le Mans di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.
Menerusi kenyataan pasukan Triple Eight, Tunku Abdul Rahman bergandingan bersama Luca Stolz dan Jordan Love mempamerkan pemanduan cekap sepanjang empat jam perlumbaan sekali gus merangkul kemenangan manis buat pasukan itu yang pertama kali menyertai siri berkenaan.
Tunku Abdul Rahman memandu jentera Mercedes AMG GT3 bermula di petak kelima dalam masa sama membuktikan penampilan pasukannya di siri perlumbaan itu bukan sekadar pelengkap apabila menamatkan saingan dengan jayanya.
Tunku Abdul Rahman bersama pasukannya dalam masa sama berjaya mengelak daripada sebarang perkara tidak diingini berlaku ketika perlumbaan tersebut.
Pasukan Triple Eight dijadual meneruskan perlumbaan kelima mereka di Abu Dhabi itu hari ini. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... di-litar-yas-marina |
|
|
|
|
|
|
| |
|