View: 1431|Reply: 0
|
Azam Azmi sedia pikul dua misi berbeza
[Copy link]
|
|
AZAM Azmi (tengah) gigih berlatih bersama rakan sepasukan di Wisma FAM menjelang perlawanan menentang Oman. FOTO FB FAM
Kuala Lumpur: Tonggak pertahanan berbakat negara, Azam Azmi Murad bersedia mengerah tenaga dalam dua saingan berbeza seandainya kudratnya ditagih pasukan senior Harimau Malaya dan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara.
Kedua-dua pasukan memiliki misi berbeza apabila skuad senior bimbingan Kim Pan-gon bakal mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada 22 dan 26 Mac ini.
Manakala pasukan B-23 kendalian Juan Torres Garrido pula sedang mempersiapkan diri untuk mengharungi kempen Piala Asia B-23 di Qatar pada bulan depan, yang turut menawarkan tiga tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024, pada Julai ini.
Jelas Azam, dia sentiasa mahu memberikan persembahan terbaik tidak kira sama ada ketika bersama kelab Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) mahupun skuad kebangsaan.
Katanya, jika diberi peluang dia mahu membantu skuad senior terlebih dulu sebelum mencurah keringat bersama pasukan B-23.
"Saya akan lakukan yang terbaik tidak kira di mana jua saya akan bermain. Terpulang kepada jurulatih untuk memutuskan saya ke skuad senior atau B-23.
"Tetapi sasaran saya tahun ini adalah pergi Oman untuk bantu Harimau Malaya layak ke peringkat seterusnya. Saya juga ada sasaran dalam skuad B-23 di Piala Asia nanti.
"Sekarang saya lebih memilih ke skuad senior kerana mereka bermain dahulu, kalau saya terpilih dalam skuad senior, saya pergi ke sana," katanya ketika ditemui di hotel pasukan, semalam.
Ketika ini, skuad senior negara berada di landasan tepat untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas unggul memungut enam mata maksimum dalam dua aksi Kumpulan D sebelum ini.
Malah, laluan ke Piala Asia yang dijadual diadakan di Arab Saudi pada 2027 turut tampak cerah jika mampu menamatkan saingan Kumpulan D itu sebagai dua pasukan terbaik.
Selain Malaysia dan Oman, kumpulan terbabit turut diisi Kyrgyzstan dan Taiwan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ul-dua-misi-berbeza |
|
|
|
|
|
|
| |
|