View: 4176|Reply: 0
|
Maguire, Walker kembali ke Manchester
[Copy link]
|
|
Pertahanan England, Harry Maguire (kiri) dan Kyle Walker (kanan) terpaksa melupakan aksi persahabatan menentang Belgium esok. - Foto REUTERS
MANCHESTER: Manchester United dan England ditimpa satu lagi masalah kecederaan tonggak utama apabila Harry Maguire terpaksa digantikan ketika kekalahan 1-0 England di tangan Brazil.
Maguire menyertai senarai kecederaan aksi antarabangsa selepas pemain Manchester City, Kyle Walker turut cedera ketika aksi di Wembley itu.
Walaupun pengendali England, Gareth Southgate tidak menunggu lama untuk mengeluarkan Maguire, bek tengah itu terpaksa direhatkan bagi aksi persahabatan menentang Belgium esok.
Maguire dan Walker kembali ke kelab masing-masing, menjadikan skuad kendalian Southgate semakin tempang.
Maguire akan menjalani imbasan dan mungkin akan terlepas aksi Liga Perdana Inggeris menentang Brentford pada Sabtu.
Maguire yang memulakan permainan buat pertama kali sejak Februari 24, dikeluarkan pada minit ke-67. Dia baru saja pulih daripada kecederaan pangkal paha dan terlepas lima aksi akhir tahun lalu.
United kini berdepan masalah di bahagian pertahanan selepas sudah kehilangan Luke Shaw, Lisandro Martinez, dan Tyrell Malacia.
Walker pula dikeluarkan selepas 20 minit memulakan permainan, dan bek kanan Manchester City itu disyaki mengalami masalah hamstring.
England tidak dapat menggunakan khidmat beberapa tonggak utamanya dalam aksi menentang Brazil, termasuk Bukayo Saka, Jack Grealish dan Trent Alexander-Arnold, manakala Harry Kane sedang menjalani rawatan di Bayern Munich akibat kecederan buku lali.
Untuk aksi menentang Belgium, England akan diperkuat semula Jordan Henderson dan Cole Palmer, yang kembali berlatih sejak kelmarin.
Brazil meraih kemenangan hasil jaringan tunggal Endrick pada minit ke-80. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... mbali-ke-manchester |
|
|
|
|
|
|
| |
|