View: 4566|Reply: 0
|
Memalukan... Malaysia, Oman tak dibenarkan berlatih di Stadium Nasional
[Copy link]
|
|
Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy pada sidang media praperlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 antara Malaysia menentang Oman di Wisma FAM, Kelana Jaya. - Foto NSTP/ AZIAH AZMEE
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Oman tidak akan 'mencuba' atau menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional, Bukit Jalil menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, malam esok.
Kebiasaannya, pasukan bertanding akan diberikan peluang untuk mencuba padang yang akan digunakan untuk perlawanan menerusi sesi latihan rasmi sehari sebelum aksi sebenar.
Bagaimanapun, kedua-dua pasukan itu tidak akan menjalani latihan di Stadium Nasional dan difahamkan ia berkaitan keadaan padang di stadium itu tidak berada dalam keadaan terbaik.
Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy dalam sidang media praperlawanan, hari ini, menjelaskan bahawa pihaknya sudah sedia maklum mengenai keadaan padang Stadium Nasional yang kurang baik.
"Malangnya, kami menerima makluman mengenai cuaca di Malaysia yang kerap hujan dan (padang) tidak akan bersedia dengan baik untuk perlawanan itu.
"Pemain mengetahuinya dan akan bersedia dari segi fizikal, taktikal dan psikologi. Semalam kami dimaklumkan bahawa kami tidak akan berlatih di sana (Stadium Nasional) kerana padang tidak dalam keadaan baik untuk latihan, untuk Malaysia ataupun Oman, situasi tidak bagus untuk kedua-dua pasukan," katanya.
Berdasarkan maklumat disediakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan kebangsaan akan menjalani latihan di Wisma FAM, manakala Oman pula di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).
https://www.bharian.com.my/sukan ... di-stadium-nasional |
|
|
|
|
|
|
| |
|