View: 9133|Reply: 1
|
April buat Arsenal 'sesak nafas'
[Copy link]
|
|
ARSENAL akan mengharungi jadual padat bulan depan. FOTO AFP
London: Arsenal berdepan mimpi ngeri menjelang aksi derby London Utara berbanding Tottenham.
The Gunners masih berjuang untuk merebut trofi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara.
April akan menjadi bulan getir kepada mereka untuk memburu kedua-dua trofi itu yang akan menyaksikan banyak aksi penting.
Sementara itu, Spurs hanya perlu menumpukan kepada perebutan tempat terakhir di Liga Juara-Juara dan selesa mengatasi pesaing terdekat, Manchester United dengan kelebihan enam mata.
l
Arsenal dan Spurs akan bertemu pada perlawanan derby London Utara 28 April depan.
Aksi terakhir skuad bimbingan Ange Postecoglou sebelum perlawanan derby ialah pertembungan di tempat lawan dengan Newcastle pada 13 April, bermakna mereka mempunyai masa 15 hari untuk membuat persiapan bagi perlawanan menentang Arsenal.
Sebaliknya, Arsenal di bawah bimbingan Mikel Arteta akan menyaksikan skuadnya perlu mengharungi empat perlawanan dalam tempoh 15 hari itu.
Selepas perlawanan Spurs pada 13 April, Arsenal akan menentang Aston Villa pada 14 April, Wolves pada 20 April dan Chelsea pada 23 April.
Kemudian terdapat perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich di Arena Allianz pada 17 April.
Punca berlakunya jadual perlawanan yang padat itu adalah kerana gangguan jadual Piala FA dan pencapaian positif diraih Arsenal dan Manchester City dalam Liga Juara-Juara.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... arsenal-sesak-nafas |
|
|
|
|
|
|
|
Pentingnya pengurusan masa yang baik |
|
|
|
|
|
|
| |
|