View: 2496|Reply: 0
|
Gabigol digantung ‘kantoi’ tipu doping
[Copy link]
|
|
GABIGOL digantung dua tahun selepas didakwa cuba menipu daripada melakukan ujian doping pada April tahun lalu. - AFP
BRASILIA – Bekas penyerang Inter Milan, Gabriel Barbosa dijatuhkan hukuman penggantungan selama dua tahun kerana percubaannya untuk menipu bagi mengelak daripada melakukan ujian doping.
Pemain yang diberi nama julukan Gabigol itu didapati bersalah kerana cuba memanipulasi ujian doping sewaktu menjalani kem latihan Flamengo di Brazil pada 8 April tahun lalu.
Gabigol, 27, didakwa menyukarkan keadaan apabila dituduh ‘menghalang’ petugas ujian berkenaan ketika semua rakan sepasukannya selesai menjalani proses tersebut sebelum sesi pukul 10 pagi berakhir.
Sebaliknya, bekas penyerang antarabangsa Brazil itu memilih untuk pergi makan tengah hari sebelum dia dilaporkan kecewa kerana seorang pegawai diarahkan mengiringinya ke bilik air.
“Atlet yang disebutkan telah dibicarakan hari ini (semalam) oleh Mahkamah Anti-Doping Sukan dan secara majoriti diputuskan bahawa berlaku penipuan pelanggaran peraturan antidoping,” menurut satu kenyataan.
Gabigol sebelum ini mencipta sensasi apabila berhijrah menyertai Inter dari Santos dengan yuran perpindahan bernilai €29.5 juta (RM150.96 juta), namun gagal mencetuskan impak sebenar.
Dia kemudiannya dipinjamkan ke Benfica, Santos dan Flamengo sebelum melengkapkan perpindahannya secara tetap pada Januari 2020 dengan harga berjumlah €17.5 juta (RM89.55 juta). – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... kantoi-tipu-doping/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|