View: 4427|Reply: 0
|
Kelayakan Piala Dunia: Oman puas senyapkan ‘gelora’ Bukit Jalil
[Copy link]
|
|
Pemain-pemain Oman meraikan jaringan pada perlawanan pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 menentang Malaysia, di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!
PETALING JAYA – Pengendali Oman, Jaroslav Silhavy mengakui puas dapat meraih enam mata maksimum ke atas Malaysia pada aksi Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 kali ini.
Sebagai rekod, jaguh Asia Barat itu telah meraih kemenangan 2-0 pada aksi pertama di Muscat minggu lalu dan mengulangi keputusan yang sama pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.
Kata Silhavy, perlawanan yang diharungi kali ini lebih sukar memandangkan Malaysia tampil dengan lebih agresif dalam usaha memburu kemenangan.
“Pujian wajar diberikan kepada pemain yang berjaya menyerap tekanan kerana aksi di tempat lawan nyata lebih sukar berbanding di Muscat.
“Namun, kami masih mampu mengawal perlawanan dan mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol.
“Mengenai padang, saya rasa ia bukanlah masalah besar kerana kedua-dua pasukan beraksi di padang yang sama dan apa yang penting kami meraih kemenangan,” katanya selepas tamat perlawanan.
Pada perlawanan malam tadi, skuad Harimau Malaya yang turun dengan misi membalas dendam gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan apabila pelawat meraih gol menerusi Omer Al Malki.dan Mohammed Mubarak Al-Ghafri.
Keputusan tersebut menyaksikan Oman kini berada di kedudukan kedua Kumpulan D berkongsi sembilan mata bersama Kyrgyzstan manakala Malaysia kekal di tangga ketiga. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... gelora-bukit-jalil/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|