CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5714|Reply: 0

'Kalau anda nak serang saya, silakan' - Pan-gon

[Copy link]
Post time 27-3-2024 04:50 PM | Show all posts |Read mode

KIM Pan-gon pada sidang media selepas aksi perlawanan Malaysia dan Oman. FOTO HAZREEN MOHAMAD

Kuala Lumpur: Kim Pan-gon mengharapkan keajaiban mampu mengiringi perjuangan skuad Harimau Malaya apabila turun dalam dua baki aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 terutamanya apabila bertandang ke Bishkek untuk menentang Kyrgyzstan, pada Jun depan.

Biarpun satu lagi aksi babitkan perlawanan dengan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Jun nanti, namun Pan-gon akui gelora dan halangan sukar bakal ditempuhi anak buahnya apabila berdepan Kyrgyzstan yang berada di ranking 104 dunia itu.

Katanya, dua kekalahan di tangan Oman bukanlah penamat kepada perjuangan pasukan apabila menegaskan pemain akan terus berjuang hingga ke titisan 'darah terakhir'.

Malah, beliau turut mengajak semua pihak termasuk penyokong agar tidak berputus ada dan terus berada di belakang pasukan terutama dalam situasi sukar ketika ini.


"Kita masih ada dua baki perlawanan dan jika ada keajaiban, kita sebenarnya masih ada peluang. Saya rasa kita jangan berputus asa antara kita, sama ada jurulatih, pemain mahupun penyokong.

"Sebaiknya jangan berputus asa, kami (pasukan) akan berjuang hingga ke garisan penamat. Ini (kekalahan di tangan Oman) bukan penamat perjalanan," katanya yang memikul tanggungjawab di atas kekalahan 0-2 kepada Oman di SNBJ, malam tadi.

Ia adalah kekalahan kedua selepas turut kecundang dengan jaringan sama di Muscat Jumaat lalu, sekaligus menyaksikan kedudukan Malaysia kekal di tangga ketiga Kumpulan D dengan enam mata daripada dua aksi setakat ini.

Dalam perkembangan sama, Pan-gon yang berasal dari Korea Selatan mengakui sakit di lubuk hatinya apabila melihat pasukan negara tewas.

Begitupun, beliau meminta agar semua pihak tidak menyalahkan anak buahnya kerana setiap percaturan dan pemilihan pemain adalah di atas arahannya.

"Mereka (pemain) bukan mesin, walaupun mereka melakukan kesilapan saya rasa sakit di sini (di hati) kerana saya yang memaksa mereka berada dalam situasi ini (main ikut taktikal ini).

"Mungkin ramai menyalahkan pemain tetapi mereka (penyokong) tak sedar ia bukan kesilapan pemain kerana pemain tiada perlawanan (liga berhenti rehat).

"Kalau anda nak 'serang' saya, silakan 'serang' saya. Bagi saya lebih baik kita pandang ke depan, saya boleh cakap pelbagai perkara tapi lebih baik saya diam. Apapun saya hanya mahu pertahankan pemain saya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aya-silakan-pan-gon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.480415 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list