View: 4179|Reply: 0
|
Ndicka tiada masalah jantung selepas rebah di padang
[Copy link]
|
|
NDICKA diberi rawatan segera selepas rebah di padang ketika perlawanan menentang Udinese, Ahad lalu. FOTO REUTERS
Milan: Pemain pertahanan AS Roma, Evan Ndicka dibenarkan keluar dari hospital dan akan menjalani ujian tambahan selepas rebah di padang ketika perlawanan di Udinese, Ahad lalu, umum kelab Serie A itu.
Pemain kelahiran Paris berusia 24 tahun yang mewakili Ivory Coast, dibawa keluar dengan pengusung selepas rebah di padang ketika perlawanan berbaki 18 minit sebelum perlawanan itu ditangguhkan pada kedudukan terikat 1-1.
Ndicka masih sedar dan kelihatan menggosok dada dengan tangan kanannya ketika pasukan perubatan bergegas ke arahnya.
Roma kemudian berkata, dia dalam keadaan bersemangat tinggi.
"Ujian kardiologi tahap satu dan dua yang dilakukan menunjukkan ia negatif masalah jantung," kata Roma dalam kenyataan terbaru.
"Berdasarkan ujian terbaru awal pagi ini, situasi kesihatannya adalah trauma kecil akibat pengumpulan udara atau gas di bahagian rongga di antara paru-paru dan dinding dada sebelah kiri."
Roma berterima kasih kepada pengadil, penyokong di Stadium Udine dan staf hospital.
"Dalam situasi cemas itu, kita mempamerkan nilai sukan dan melindungi nyawa sebagai keutamaan," kata Roma.
Roma kini menduduki tangga kelima Serie A dan berpeluang cerah layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan, manakala Udinese di tangga ke-15 dengan satu mata di atas zon penyingkiran.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pas-rebah-di-padang |
|
|
|
|
|
|
| |
|