View: 4341|Reply: 1
|
Sivasangari kini ke-11 dunia
[Copy link]
|
|
SIVASANGARI mengumpul purata 535 mata.
Kuala Lumpur: Jaguh skuasy wanita negara S Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Ini ranking terbaik sepanjang kariernya dalam sukan itu selepas berada di kedudukan ke-13 sebelum ini.
Atlet berusia 25 tahun yang baru sahaja merangkul gelaran juara edisi sulung Kejohanan Skuasy Klasik London awal bulan ini mengumpul purata 535 mata berdasarkan laman sesawang rasmi Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
Pada kejohanan tersebut, atlet kelahiran Kedah itu mencipta sensasi selepas mengejutkan pemain ranking pertama dunia Nour El Sherbini dari Mesir (suku akhir), ranking keempat dunia Nele Gilis dari Belgium (separuh akhir) dan ranking kedua dunia Hania El Hammamy dari Mesir (final).
Dalam pada itu, dua lagi pemain wanita negara Rachel Arnold (275 mata) dan Aifa Azman (228 mata) masing-masing berada di kedudukan ke-28 dan 36.
Sementara itu, Ainaa Amani kekal di tempat ke-58 manakala Yasshmita Jadish Kumar naik satu anak tangga ke-72 berdasarkan ranking terbaharu itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ri-kini-ke-11-dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
|